20 May 2013

Bagaimana Menggunakan Office 2013 Pada Linux


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang bagaimana kaedah untuk menggunakan Microsot Office 2013 pada Linux.

   Microsoft Office merupakan perisian pejabat yang termasyur dalam kalangan pengguna Windows. Baru-baru ini pihak Microsoft telah melepaskan versi stabil perisian Office 2013 kepada pengguna untuk mencubanya. Dan baru-baru ini juga kedengaran Office 2013 akan menyokong sistem pengoperasian Linux tidak lama lagi. Tetapi,sebenarnya anda boleh menggunakan Office 2013 pada sistem pengoperasian Linux secara percuma. Perkhidmatan ini tidak hanya menyokong sistem pengoperasian Linux memandangkan perkhidmatan ini bersifat 'web based'.

   Linux juga didatangkan dengan pelbagai variasi perisian pejabat seperti Libre Office,Open Office dan pelbagai lagi pilihan yang dapat menjadi alternatif kepada Microsoft Office. Tapi,kemungkinan terdapat segelintir pengguna baru yang masih belum mahir dengan selok-belok sistem pengoperasian Linux ini. Kadangkala,alasan untuk tidak menggunakan sistem pengoperasian Linux ini ialah kerana tiada sebarang sokongan untuk menggunakan perisian yang penting seperti Microsoft Office,Photoshop dan lain-lain. Meskipun terdapat alternatif yang sama baik. Namun,alasan seperti ini masih tetap digunakan di zaman kemudahan ini.

   Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Office 2013 secara percuma anda mestilah memiliki sambungan internet yang bagus,komputer yang berspesifikasi tinggi dan akaun Outlook. Office 2013 ini adalah versi yang tidak lengkap. Banyak fungsi-fungsi yang tiada padanya. Hanya fungsi asas yang dimiliki oleh perkhidmatan ini. Sebab itu anda tidak boleh bergantung pada sebarang perisian yang dikhususkan untuk Windows atau MacOSX.  Inilah tujuan Linux dibina iaitu menjurus kepada menuntut ilmu. Kita perlu menuntut pelbagai ilmu hanya pada sistem pengoperasian Linux ini. Percayakah anda sekiranya anda menggunakan Linux,anda lebih menghargai sesuatu perkara. Berbeza dengan Windows yang memiliki pelbagai perisian alternatif. Linux tidak berapa ke arah itu. Meskipun pada Linux mempunyai pelbagai perisian yang sama. Anda pasti ingin pasang dan cuba aplikasi/perisian tersebut.

Apa yang perlu anda miliki untuk menggunakan perkhidmatan ini:-
1. Sambungan internet yang baik.
2. Komputer yang baik.
3. Akaun pelbagai Outlook.com

Langkah penggunaan.
1. Kunjungi pautan di sebelah [http://office.microsoft.com/en-us/web-apps/] Juga dikenali sebagai Office Web Apps
2. Log masuk menggunakan akaun Outlook anda.
3. Anda akan menerima antara muka seperti dibawah ini.
4. Pilih mana-mana aplikasi yang anda mahukan.


5. Anda akan dibawa ke akaun SkyDrive anda. Klik Create dan pilih aplikasi apa yang anda ingin gunakan. Contoh,Word document.


6. Berikan dokumen anda nama. Klik Create.
7. Dibawah ini terdapat beberapa antaramuka yang saling tidak tumpah seperti perisian pejabat Office 2013 yang sebenar.

Antara muka Word.
Antaramuka PowerPoint.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

18 May 2013

Screenr: Web Based Screen Recorder


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang sebuah perkhidmatan perakam desktop berasaskan web.

Kebiasaannya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis atau variasi tentang sesuatu perisian. Ini termasuklah perisian perakam desktop. Kenal dengan perisian seperti Kazam Screencaster,RecordMyDesktop dan pelbagai lagi perisian yang sama fungsinya? Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Jadi,untuk melakukan sesuatu tugas,kita memerlukan pelbagai jenis perisian mengikut kesesuaian dalam keadaan yang tertentu.


Screenr,sebuah perkhidmatan yang berasaskan web yang dibina untuk memudahkan anda untuk merakam aktiviti yang dilakukan pada skrin komputer anda. Seperti yang diberitahu pada permulaan penulisan,Screenr merupakan perkhidmatan berasaskan web. Jadi,anda tidak perlu muat turun apa-apa untuk menggunakan perkhidmatan daripada Screenr ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk menggunakan perkhidmatan ini hanyalah membenarkan penggunaan Java pada laman mereka. Video yang dirakam bersifat bebas. Jadi,mana-mana pengguna yang mengunjungi laman Screenr akan dapat melihat video anda. Jika tidak silap saya,anda hanya dibekalkan selama 5 minit untuk merakam aktiviti pada skrin komputer anda.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Screenr,anda boleh kunjungi halaman pusat bantuan mereka. Penting juga untuk anda menonton video berdurasi 1 minit pada halaman utama mereka untuk mengetahui secara langsung tentang kaedah penggunaan Screenr.

Selamat mencuba
Assalamualaikum.



Koleksi Laman Web E-Buku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan beberapa laman web untuk anda mendapatkan e-buku secara percuma.

"Membaca Jambatan Ilmu".

Kata mutiara di atas perlulah diterapkan di dalam diri setiap manusia yang bergelar pelajar. Siapakah manusia yang pelajar? Kita adalah pelajar. Meskipun kita sudah tidak belajar secara formal di sekolah atau pusat-pusat pengajian. Kita masih lagi bergelar seorang pelajar. Kita menghadiri ke majlis-majlis agama,menghadiri kuliah di masjid atau surah. Jadi,kita masih memerlukan ilmu. Sempena hari guru yang berlangsung dengan jayanya beberapa ketika yang lalu di seluruh pelusuk negara,saya yang juga sebagai seorang pelajar tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru,"Terima Kasih Cikgu".


Disamping itu,kita sebagai seorang pelajar mestilah menuntut ilmu. Meskipun tidak sampai ke menara gading,tapi kita perlu sentiasa menuntut ilmu. Tidak kisahlah ilmu tersebut ilmu dunia mahupun ilmu yang bermanfaat untuk akhirat.

Terdapat pelbagai kaedah untuk menuntut ilmu. Salah satunya ialah dengan membaca. Seiring kemajuan teknologi,kemudahan dalam menuntut ilmu semakin mudah. Hanya duduk dihadapan komputer,lakukan beberapa carian,muat turun atau baca secara langsung. Semuanya sudah dimudahkan. Tapi,sayang apabila perkara yang mudah masih tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kita masih bergantung dan terus bergantung sedangkan sumber ilmiah itu sudah ada. Cuma perlu dimanfaatkan kelebihannya. Anda ingin tahu satu rahsia tentang bangsa Melayu? Saya mendapat sumber ini daripada guru saya. Tapi,sebelum itu,saya bukan ingin timbulkan isu perkauman atau sebagainya. Tapi,ingin mengajak anda berfikir.

Mengapa bangsa Cina hebat? 
Bangsa Eropah cukup takut dengan bangsa Cina,kenapa?
Cuba anda fikirkan sejenak. Apa yang bangsa Cina tiada? Benda sekecil biji sawi pun mereka mampu menciptanya. Guru saya juga mengatakan bangsa Eropah hanya membenarkan orang Cina menginap di negara mereka sekitar tiga hari atau lebih sedikit. Tapi,bangsa Melayu mereka tidak kisah. Mereka sungguh risau takut bangsa Cina meniru hasil mereka. Kita lihat bukan sekadar barang kosmetik,perhiasan wanita,beg berjenama mereka mampu tiru. Bahkan teknologi juga mampu ditiru oleh mereka. Jika dahulu kita selalu katakan bahawa "Alah,barang made in China" Itu dahulu saudara. Sekarang tidak lagi. Barang mereka sungguh berkualiti.

Sekali baca keterangan dan penulisan di atas umpama tiada kaitan dengan ilmu. Tapi,anda perlu selami,dalami dan memahami. Sentiasa mendengar,sentiasa hadir. Cukup sampai di sini saya berbicara. Tibalah masa untuk saya menyenaraikan beberapa laman untuk memuat turun e-buku secara percuma. Laman di bawah diambil secara rawak daripada enjin carian Google Malaysia.

1. Free Ebook Download Links
2. FreeBookSpot
3. ManyBooks
4. GetFreeEbooks
5. FreeComputerBooks
6. BookBoon
7. FreeTechBooks
8. MemoWare
9. OnlineFreeEBooks
10. Obooko
11. BookChums
12. e4ebooks

Untuk lebih lagi. Anda boleh mencari laman-laman pembekal seperti di atas melalui enjin carian Google.
Selamat membaca.
Assalamualaikum.

13 May 2013

Onavo Extend: Gandakan Pelan Data Anda


Memasuki tahun 2013, 'panorama' internet di negara kita tampak masih tidak berubah. Segalanya masih mahal, segalanya masih di takuk lama. Alasan penyedia? "Cuba bandingkan dengan negara sekian-sekian. Pelan internet mereka jauh lebih mahal dan teruk". Ahhh.. seperti dialog minyak petrol pula hendaknya.

Kebanyakan pelan data internet bagi telefon bimbit pintar di Malaysia ini masih mengenakan cas yang agak tinggi bagi penggunaan data yang rendah. Untuk pengguna termaju (advance user), ini agak mengecewakan. Masih relevankah pelan data 1GB untuk pengguna termaju? Kalau tidak, adakah anda rasa harga bagi pelan data 1GB ke atas adalah relevan?

Disebabkan itu, saya yakin dan pasti setiap kali anda menggunakan pelan data anda, pelbagai cara telah anda lakukan untuk menjimatkan penggunaannya. Tak usah cerita mengenai 2x Battery - Battery Saver dan pelbagai lagi aplikasi serta kaedah-kaedah lain. Semuanya telah dicuba. Namun ada satu juara antara mereka. Ia adalah Onavo Extend.

Apa Itu Onavo Extend?

Tak perlu saya berbicara panjang, mari kita tonton dahulu video berikut:


Sudah tonton? Jadi apa sebenarnya Onavo Extend ini? Secara ringkas, ia adalah perkhidmatan VPN percuma, yang menawarkan kaedah pemampatan data bagi mengurangkan penggunaannya sehingga 5 kali ganda. Analoginya lebih kurang sama dengan pelayar web Opera Mini yang memampatkan data bagi meningkatkan kelajuan pelayaran pada laman web dan juga menjimatkan data.

Anda boleh lihat data-data penjimatan yang telah dikumpul setelah paparan antaramuka aplikasi ini dibuka:





IP anda juga ditukar kepada IP pelayan Onavo:


Ingin pantau berapa jumlah data dari pelan data yang telah anda gunakan? Anda boleh muat turun aplikasi Onavo Count bagi menjalankan tugas ini:


Kelebihan Ovavo Extend (Pro):

1. Penjimatan pelan data, itu pasti!
2. Dapat menggandakan pelan data anda, kepada 2-5 kali ganda (bergantung kepada cara penggunaan).
3. Dapat melindungi sambungan internet anda dari penggodam dan pengintip kerajaan serta pemantauan dari Penyedia Servis Internet (ISP) dan lain-lain lagi dengan menggunakan sambungan VPN.

Kekurangan Onavo Extend (Kontra):

1. Sambungan internet menjadi sedikit lambat. (Sila uji sendiri).
2. Kesemua data dimampatkan termasuk video (Youtube, Dailymotion, etc) jadi kualiti menjadi kurang.
3. Menyebabkan bateri lebih cepat habis berbanding menggunakan sambungan data mobil tanpa Onavo Extend.

Jadi apa kata anda? Adakah "Saya mesti piley!"? Hahaha.. anda tentukan sendiri! Anda yang membayar pelan data internet anda!

07 May 2013

Nessus Vulnerability Scanner


Hackim : Alamak macam mana aku nak cari port yang vulnerable ni?? Aku rasa lebih baik aku cari googling je.

Hasil daripada carian tersebut, dia berkenan dengan satu tool ni yang namanya tidak asing lagi iaitu Nessus. Dia pun terus ke laman web nessus tersebut untuk memuat turunnya. (http://www.tenable.com/products/nessus). Itulah intro entri Abg Saki. Hehe. Kepada yang tidak kenal siapa Hackim tu, sila-silakan la search dalam kotak search OMG!Hackers? di atas ya.

Mengikut kepada pemahaman saya, jika kita ingin melakukan penetration testing, kita perlulah cari port yang vulnerable dahulu. Jadi itulah tugas Nessus ini iaitu untuk mencari port yang vulnerable supaya kita boleh exploit! Yeah! Tak perlu detail sangat untuk saya terangkan sebab saya cuma sekadar ingin memberi gambaran kepada anda. Kita berbalik semula kepada si Hackim tadi.

Command untuk install Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#apt-get update
root@bt:~#apt-get install nessus


Hackim : Dah download. Okay la sekarang aku nak create account pula.


Command untuk create account Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#/opt/nessus/sbin/nessus-adduser


Hackim : Lepas tu kena register pula. Ish menyusahkan betul la. Tapi kena buat juga la sebab aku nak guna nessus ni.


Sila pergi ke laman web ini http://www.tenable.com/products/nessus/nessus-plugins/obtain-an-activation-code untuk mendapatkan code activation.

Hackim : Siap pun. Sekarang ni kena guna command untuk register kan Nessus aku ni dalam BackTrack.


Command untuk register Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#/opt/nessus/bin/nessus-fetch --register xxxx-xxxx-xxxx-xxxx-xxxx - masuk kot tadi kat sebelah ni.


Hackim : Selesai. Nak start la.


Command untuk memulakan Nessus dalam BackTrack 5.

root@bt:~#/etc/init.d/nessusd start


Dah siap pun untuk pemasangan Nessus di BackTrack 5 anda. Buka Web Browser anda dan pergi ke laman ini http://127.0.0.1:8834. Kemudian login seperti yang anda buat semasa add user sebentar tadi. Dia akan loading lama sikit. Lepas ti siap!



Maaf sebab saya tidak menggunakan kan Kali Linux. Saya lebih selesa menggunakan BackTrack 5 R3 buat masa sekarang ni. Sori lama tak update! Hee. :)

Rujukan : http://back-track-linux.blogspot.com/2012/10/how-to-install-nessus-on-backtrack-5-r3.html

01 May 2013

CloudKafe: Urus Pelbagai Perkhidmatan Awan Dengan Mudah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis artikel tentang sebuah laman yang digunakan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awan atau perkhidmatan yang terdapat di alam maya.

Jika anda seorang yang aktif menggunakan internet ini sudah pasti anda rajin dan gemar untuk mencuba sesuatu yang baru. Contohnya,anda mencuba perkhidmatan storan awan (cloud storage) seperti Google Drive,Dropbox,BOX dan lain-lain. Mendaftar dan menggunakan seperti biasa memang tiada masalah,tapi apabila semakin banyak kita mendaftar pasti sulit untuk diuruskan. Kesulitan ini sudah tentu menjadi suatu bebanan kepada kita. Percayakah yang saya telah memiliki berpuluh akaun pada storan awan? Saya seorang yang gemar tanda (bookmark) sesebuah laman/blog dan juga seorang yang suka mendaftar tapi jarang menggunakan apa yang sudah di daftar. Sampai pada satu tahap saya sudah lupa yang saya pernah mendaftar pada laman tersebut. Sedikit mukadimah daripada saya. Tiba masa untuk saya terangkan perihal CloudKafe.


Seperti yang tertera pada tajuk dan mukadimah penulisan CloudKafe dibina bertujuan untuk memudahkan anda mengurus sesuatu perkhidmatan yang terdapat di alam siber. CloudKafe tidak hanya menguruskan storan awan/maya malah CloudKafe juga digunakan untuk mengurus perkhidmatan gambar seperti Picasa,video seperti YouTube,Nota seperti Evernote dan pelbagai lagi perkhidmatan lain yang popular. Sebentar lagi saya akan senaraikan semua perkhidmatan yang disokong oleh CloudKafe setakat ini.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti CloudKafe. JoliCloud/JoliDrive yang pernah ditulis oleh saudara Arya Putra juga menawarkan perkhidmatan yang hampir sama seperti CloudKafe. Jika anda mahukan lebih lagi perkhidmatan yang sama seperti CloudKafe dan JoliCloud,anda boleh mencari pada enjin carian Google Malaysia. Mungkin ada beberapa laman web lain yang sesuai untuk watak dan pendirian anda atau sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Jadi,perbanyakkan carian dan tanda.

Storan Awan:-
  • Google Drive
  • BOX
  • Dropbox
  • SugarSync
  • SkyDrive
Gambar:-
  • SmugMug
  • Facebook
  • Picasa
  • Flickr
  • Instagram
Video:-
  • YouTube
  • Vimeo
Nota:- 
  • Evernote
  • Catch
Muzik:-
  •  Akan datang...
Usah saya berpanjang lebar. Saya sertakan beberapa gambar yang dapat menarik perhatian anda untuk mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh CloudKafe. Tapi,sebelum saya lupa untuk mengingatkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh CloudKafe adalah percuma. Jadi,manfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Halaman utama. 
Tambah akaun baru.
Antara muka pengurus fail yang ringkas dan mudah.
Sekiranya anda mempunyai masalah semasa menggunakan CloudKafe sila rujuk [di sini].
Perbanyakan membaca sebelum bertanya.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.


30 April 2013

Papago M11 Untuk Peranti Android


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

   Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perisian "Navigasi Papago versi M11". Seperti yang anda ketahui, ini adalah versi update dari artikel yang pernah dibuat oleh saudara Angelezo seperti di sini: [Papago M9].


-FEATURES
• Intelligent Search Function
• Simple, User Friendly Interface
• Fast Route Calculation
• Comprehensive Map Data (You can switch map from settings)
- MaLFreeMaps is from www.malfreemaps.com and is free.
•More than 20,000 Singapore postal codes
•More than 2,300 junction view images
•More than 220 fixed speed cameras
•More than 150 3D Landmarks.
•Newly opened roads
•Coverages: Malaysia, Singapore and Brunei
- SLA (for Singapore)
• No need to Connect to Internet (Wi-Fi/3G)
• Automatic and Free Map Download from internet
• Clipboard Navigation Function
-POWERFUL SOFTWARE FUNCTIONS
•Intelligent Search Function
•Multi Navigation Mode: 2D/3D/Split Screen
•Road Elevation Display
•Inside Tunnel Simulation
•Portrait/Landscape Dual Mode Support
•Auto Zooming the Map by Speed
•Day and Night Map Mode
•Speed Camera Alarm
•Built-in 3D Buildings
•Built-in 3D landmarks
•Junction Views (realistic view of motorway interchanges and exits)

Please let us know if any feedback. Please email to android@papago.com.tw. We will solve it as soon as possible.
◎Q&A
•No GPS signal on device?
1.Please make sure Location Services are working. On your device, go to Settings > Location > GPS satellites.
2.Remove the handset restricting if there's any.
3.Some vehicles have a heat reflective shield embedded in the windscreen, which may prevent your device from locating your current position.
4.Your device must be outdoors to locate your current position.
•Why the battery draining so fast?
1.GPS navigation system need to set the backlight always on, so 100% full battery can be used for 1.5 hours.
•Why the navigation system not support AGPS?
1.Because the accuracy of AGPS is not reliable enough, so PAPAGO! will not use AGPS signal.
•How to recover My List?
1. Please make a copy of NaviM11SGMY/SAVE/PPGPOIX7.DAT before updating map data.
2. Recover PPGPOIX7.DAT back after you finish updating new map data.
Cara Install Papago M11:
  1. Download dan extract "NaviM11SGMY".
Mega.co.nz
Mediafire 
Zippyshare
    2. Salin folder "NaviM11SGMY" ke dalam memori telefon "internal" ==> (Gingerbread 2.1/2.2/2.3) atau salin ke dalam memori telefon "external SD Card" => (ICS 4.0.3-JellyBean)
    3. Install "Papago!SGMY_Navitotal[H-S].apk" yang ada dalam folder "NaviM11SGMY"
    4. Muat turun pula peta untuk Malaysia:
Malaysia MFM Maps
    5. Extract peta yang telah muat turun tadi ke dalam folder: {NaviM11SGMY=> Maps}
    6. Siap..
    7. Jika anda perlukan peta terbaru, sila pergi ke website berikut. Kena daftar dulu dan pendaftaran percuma:
MalFreeMaps
Map Features
1. Junction views.
2. Lane assists.
3. 3D Buildings (courtesy of Papago).
4. Shaded intersections.
5. Toll booth alert (Selected toll roads).
6. Speed limit sign.
7. Speed camera alert & icon display. - AES Speed Camera Alert Included.
8. Fast POI search.
9. Custom POI icons.
10. Malaysia highway symbol.
11. Announce approaching underpass, flyover, bridge, tunnel, parking area and rest area.
12. Singapore postal code.
13. Coverage of Malaysia, Singapore and Brunei.
Credit untuk [Carigold.com] <=== Sila ke website tersebut untuk muat turun peta singapura. Sekian..

p/s: Jangan tanya saya model telefon apa yang menyokong perisian ini. Saya tiada modal untuk mencuba setiap jenis model telefon yer.. Telah cuba di Galaxy Note dengan jayanya. Harap maklum..