Hack Shoutbox (Shoutmix, C-Box) & Jadi Admin?

Salam semua...hahaha...hari ni aku nak cerita sikit pasal shoutbox ni..bukan apa, ada beberapa hari yang lepas, aku ada tinggalkan mesej berbunyi lebih kurang macam ni:

"This shoutbox was hacked by MyHackersAreHere!"

dengan menjadikan nama aku sebagai 'Admin' di blog tersebut...
antara yang pernah kena ialah blog Kak Pah (Klik di sini), Pendekar Berkuda (Klik di sini), dan myHD (Klik di sini)..
(Klik kalau korang nak tengok blog tu ok)

kat sini aku nak nyatakan, bahawa semua mesej-mesej tu adalah berupa USIKAN semata-mata dan bukanlah satu kerja hacking yang sebenar...hehehe!
kalau korang semua nak tau, shoutmix ni SESIAPA sahaja boleh guna nama 'Admin' atau 'admin' selagi shoutmix atau c-box tu bukan premium user account! hahaha!
sebab dalam shoutmix atau c-box versi premium user account, barulah nama 'Admin' atau 'admin' tu boleh disekat daripada pelawat-pelawat blog korang menyalahgunakannya!

huh..kenapa aku buat macam tu?
sebab apa lagi...nak naikkan rating dan trafik blog la..
bila lagi nak cepat famouskan blog ni kan?hehehe..
kepada semua yang pernah kena usikan tu, aku mintak maap la ye..
semua tu hanyalah bertujuan untuk pendidikan (educational purposes only).
kalau aku tak buat macam ni, rasanya ramai lagi yang tak pernah terfikir nak guna nama 'Admin' dekat shoutbox masing-masing kan?


haaaa...ok la..setakat ini aje la..sebarang pertanyaan boleh la ajukan dekat shoutbox blog aku ni..tapi jangan sekali-kali guna nama Admin plak ok! kalau tak aku ban! hehehe!


Hanya Yang Terbaik Untuk Anda Semua,

Salam, dari Dunia MyHackersAreHere...


Arya Putra.



Powered by Blogger.