Hack Speed Trap!

Assalamualaikum The Hykerz dan para pembaca blog MyHac semua..
kali ni Hac nak ajar cara nak melakukan deteksi terhadap Kamera Pendeteksi Kelajuan (Speed Camera)
hanya dengan menggunakan setting yang ada pada telefon bimbit korang semua..tapi model yang dapat melakukan pendeteksian (berfungsi sebagai radar) terhadap speed camera ni hanya model NOKIA aje..bukan Cokia ye...heheheh..mungkin ramai yang dah tahu cara yang Hac nak ajarkan ni, tapi mungkin juga ramai yang tak tahu kan? bukan apa..hari tu Hac kena saman sebanyak RM900 (3 saman) disebabkan memandu terlalu laju di jalan raya..160kmj mana ada laju kan? hmmm..oleh itu Hac pun cari jalan supaya nak elakkan saman lain kali..bukan niat di hati Hac nak pandu melebihi had laju kebangsaan..tidak..tapi Hac bimbang kalau-kalau di lain hari Hac TER-bawak laju..mana la tahu, kot-kot kecemasan ke..kan?
cuma yang Mr.Hac dapat tau, tetapan ini hanya berkesan kepada telefon bimbit Nokia jenis lama atau jenis yang tiada screen color tu..haa..(laku la handphone yang macam tu lepas ni)





Jadi apa lagi? mari kita mulakan ya..

1. Tekan menu
2. Cari settings > Phone settings > General
3. Setelah itu cari Security settings > Phone and SIM card
4. Kemudian cari Closed user group
5. Pilih ON
6. Masukkan nombor 00000 (5 kali nombor 0)
7. Tekan Ok
8. Tekan 'Back' sehingga korang sampai kepada skrin utama. Imej dengan 3 dot dan garisan (bentuk seperti radar) akan muncul pada bahagian atas skrin dan 00000 akan berada di sebelahnya.



Apabila korang berada di jalan raya dan tiba-tiba berhadapan dengan polis yang menggunakan speed camera, telefon bimbit korang tu akan berbunyi (beeping). Satu nasihat Hac kalau boleh jangan la bawak kenderaan tu laju-laju macam Hac..nanti kena saman..lagipun kan memandu laju tu berbahaya? (jadi baik la pulak Mr.Hac ni..hehehe..) apa-apa pun tetapan (settings) ni kalau boleh patut digunakan ketika terdesak sahaja..Mr.Hac juga dapat tau ada satu lagi aplikasi yang bertindak serupa namun untuk entry kali ni biar la Mr.Hac ajar satu dahulu..sekian dahulu buat masa ini..apa-apa komen, sila tinggalkan dibawah ya..



Powered by Blogger.