Kaedah Untuk Login Ke Blog Dengan 100 Akaun Gmail!

Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca sekalian..

Kali ni, Hac nak kongsi kaedah seperti tajuk di atas, setelah akaun gmail
Stori Mori Torkonang Juo telah digodam dan beliau tidak lagi dapat mengakses ke blognya sehingga memaksa beliau untuk buat kembali blog tersebut dengan alamat blog yang berbeza disini..SADIS! Jadi entry kali ni Mr.Hac dedikasikan untuk beliau..kesian beb..




Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku lagi, Hac nak ajar korang semua cara nak login ke blog korang dengan 100 akaun gmail beserta dengan taraf admin daripada akaun gmail yang asal..
haa? boleh ke? boleh la!

Jom kita mulakan pembelajaran!


- Buat akaun Gmail lagi satu (khas untuk kecemasan)

- Bila dah siap, mulakan dengan login ke akaun blog anda di http://www.blogger.com
(masukkan emel asal)

- Masuk ke Settings > Permissions

- Tekan 'Add Authors' dan masukkan alamat emel Gmail baru yang korang dah buat sebentar tadi

- Tekan 'Invite'

- Setelah tu LOGOUT dahulu akaun gmail asal yang masih AKTIF ketika itu..

- Kemudian login ke akaun Gmail kedua tadi (akaun Gmail yang baru tu la..ok?)

- Korang akan menerima satu emel yang mengandungi pautan (link) yang menuju ke jemputan (invitation) dari blog korang sebagai penulis jemputan (author)

- korang klik pautan tu dan korang akan dibawa ke satu borang (form), isi borang tu, dan klik untuk terima undangan dari 'owner' asal blog tadi (yang semestinya korang la kan?heheh..)

- Ok..sekarang korang dah boleh login dengan 2 Gmail akaun setelah akaun Gmail kedua tadi berjaya dibawa ke dashboard..haha..

- Untuk menukar akaun emel kedua tu kepada Admin (yang semestinya dapat mengakses ke semua tempat dalam blog) LOGOUT dahulu akaun kedua tadi dan login semula dengan Gmail asal..

- Seperti biasa pergi pada Settings > Permissions

- Klik pada 'grant admin privileges', pada nama akaun gmail kedua tadi..

-NAH! sekarang korang dah ada dua akaun Gmail yang dapat mengakses kesemua tempat dalam blog korang!

- Kalau nak masukkan 100 alamat emel, ulang proses diatas sebanyak 99 kali dengan 99 lagi akaun Gmail!


Amacam? puas hati dengan penerangan Mr.Hac kali ni?
kalau puas hati sila la follow..heheheh..




Powered by Blogger.