Kenali Autorun

Salam semua pembaca dan kepada The Hykerz..semoga korang semua ceria selalu..

Hari ni, Mr.Hac nak cerita sikit pasal autorun..
Ape ke mendenya autorun tu Mr.Hac?

Hmm..ok..autorun ni ialah fail yang menjalankan program, dokumen, atau fail yang lain apabila cd atau pen drive dimasukkan.

Bagaimana nak cegah virus dan autorun dan merebak dalam pendrive?

Caranya mudah sahaja..ikut langkah-langkah dibawah:

1. Cipta 1 folder baru dalam pendrive.

2. Rename folder tersebut kepada 'autorun.inf'.

3. Dalam folder yang dah direname kepada autorun.inf itu, cipta 2 lagi folder baru.

4. Rename folder-folder tersebut kepada 'setup.ini' dan 'setup.inf'.

Selesai!

p/s : pastikan pendrive korang bersih dari virus terlebih dahulu sebelum melakukan apa yang Hac ajar ni..

Bagi yang tak faham, Hac dah sediakan link untuk korang muat turun aje folder autorun.inf tersebut..



Klik Di Sini ---> autorun.inf


Tapi Mr.Hac nak bagitau, folder ni dah di-hiddenkan awal-awal..oleh itu korang kalau extract fail ni, memang tak nampak ape-ape la!
kalau nak nampak, macam biasa la..gunakan registry file 'Show Hidden Folder' yang ada dalam folder C.P.R yang Hac bagi dulu tu..apa? dah hilang? hmm..
nah..muat turun balik, dekat bawah ni:



Klik Di Sini ---> C.P.R



Bila nak sorokkan balik fail tu, korang gunakan registry file 'Hide Folder'..itu aje..senang..



Kenapa perlu cipta folder macam tu?

Ok..macam ni..fail autorun yang akan menjalankan fail virus dalam pendrive akan dinamakan 'autorun.inf'..apabila satu folder dengan nama yang sama dibuat, fail autorun 'jahat' yang akan menjangkiti pendrive tidak dapat 'menamakan' dirinya dengan nama yang sama seperti folder tersebut! mudah sahaja..namun, malangnya ada juga virus yang bijak, yang akan mencipta fail-fail setup di dalam folder yang telah dibuat untuk TETAP menjalankan autorun jahat tu tadi..jadi, kita ambil langkah awal dengan membuat 2 lagi folder didalam folder autorun.inf tersebut dengan menamakan ia sebagai 'setup.ini' dan juga 'setup.inf' kerana fail setup yang telah dibuat oleh virus akan menamakan dirinya, dengan nama itu..jadi ia juga tidak dapat bertindak apabila namanya telah digunakan! ia tiada fungsi lagi kerana untuk menamakan dirinya sebagai 'setup2.ini' atau 'setup2.inf', fungsi asal tidak akan berjalan..

Faham dengan tutorial kali ni? ok..jangan lupa tinggalkan komen dibawah..

Kredit kepada: 2nd Admin, juaratempur




Powered by Blogger.