Penukaran Alamat, Domain dan Shoutmix My Hackers Are Here

Salam semua sahabat-sahabat My Hackers Are Here @ MyHAC!
ahaaa..aku dah register nama baru bagi blog ni..MyHAC tu isteri aku yang bagi nama sebab asalnya aku nak letak MyHAR..tapi lama-lama fikir betul jugak cakap dia..tak beberapa sedap..heheh..akhirnya aku letak la MYHAC.CO.CC..haa!
sebab ape tukar domain blog? atas salah satu sebabnya nak bagi nampak profesional sikit..hahah! lagi satu, bak kata Pendekar Berkuda dan Melvister, kalau pakai domain, akan memudahkan enjin pencarian seperti google, yahoo, ask, dan lain-lain untuk mencari alamat blog kita..

hanya nak buat sedikit pengumuman, kepada mereka yang dah follow blog ni, pagi tadi aku duk godek-godek setting pada blog ni..kemudian dengan pantasnya masa berlalu, akhirnya aku berjaya jugak tukarkan alamat blog, serta domain blog ni daripada myhackersarehere.blogspot.com (panjang tu) kepada myhac.co.cc

Nampaknya blog ni dah selangkah ke hadapan sebelum aku dah cukup finance untuk pakai domain berbayar, domain impian aku iaitu [dot] com..apa? domain ni percuma ke? ya! domain yang aku pakai sekarang ni sememangnya percuma! dan ia setanding dengan domain berbayar yang lain seperti [dot] com, [dot] org dan lain-lain lagi..hmm..korang nak aku buat tutorial untuk tukarkan domain ni ke? kalau nak, sila la bagi komen kat bawah..kalau ramai yang minta, aku akan buat post tersebut ye..

Untuk kawan-kawan yang baru mengenali My Hackers Are Here, sebelum ni shoutbox (shoutmix) tu aku letakkan secara tersorok di atas page dengan satu button untuk di-klik sebelum menampilkan shoutbox tersebut..namun, atas sebab-sebab masalah java script dan mungkin atas sebab komplikasi dengan domain baru ni (blog baru nak menyesuaikan diri dengan domain ni kot..heheh..), aku amek keputusan untuk letakkan shoutmix secara biasa sahaja (tampal aje kat tepi blog ni..)

Jadi kawan-kawan semua, serta khususnya follower, nak ke pakai domain macam
My Hackers Are Here @ MyHAC ni? heheh..kalau nak, sila bagi komen lah ye! :)





Powered by Blogger.