Perisian i-Visit v1.2 by George : Perisian Penjana Trafik !

Salam kepada semua The Hykerz dan para pembaca blog My Hackers Are Here..

Untuk entry kali ni, setelah Mr.Hac mengkaji serba sedikit mengenai perisian yang dapat menjana trafik 'palsu' untuk blog, kali ni Hac nak bawakan kepada korang satu perisian yang sama fungsinya..cuma, untuk entry sebelum ni, Hac ceritakan tentang Magic Traffic Bot..malangnya, perisian itu seperti tidak menjalankan fungsinya dengan baik apabila trafik tidak naik seperti yang diharapkan (seperti rungutan Kata Aku kepada Mr.Hac..heheh..)

Tetapi, untuk perisian yang Hac ingin kenalkan kepada korang sebentar lagi, Hac dah pun uji keberkesanannya dan ternyata ia membaca trafik yang membuak-buak bagaikan air lautan mencurah ke pantai ke blog korang (eerrr..boleh ke guna ayat sastera ikhtisas macam ni? metafora beb..)

Perisian tersebut ialah i-Visit version 1.2 yang telah dicipta oleh George..perisian ini menggunakan proxy yang berbeza untuk 'melawat' atau 'ping' blog/website korang dengan menggunakan Bot..dan ternyata ia memberi kesan serta-merta setelah digunakan..kalau tak percaya, boleh rujuk kepada stats dalam blog..di bahagian paparan antaramukanya (interface), korang boleh terus settingkan URL blog korang yang hendak 'dilawati' oleh bot perisian ini dan juga URL REFERER..jadi, kalau korang tak tau nak setting URL REFERER tu, hanya biarkan ia kepada setting 'default' iaitu google.com
Paparannya mudah untuk difahami oleh orang yang baru nak mula pakai PC sekalipun..jadi jangan la risau..

Bukan apa..Hac cuma nak bantu blog yang baru nak naik, supaya sama-sama naik dengan blog yang kononnya OTAI dengan SEO, entry menarik, dan sebagainya..OTAI ke PETAI??
Trafik ko je la yang naik sebab ada ramai blogger-blogger
yang nak dapat tips SEO dari blog ko la kononnnya?
Hac panas hati dengan orang macam ni..tu sebab la Hac usaha jugak cari perisian yang terbaik agar dapat kita semua sama-sama naik menuju puncak kejayaan..perrghhhh...ayaaattt..hahahah..lupakan aje la kata-kata Hac ni..

Hmm..ok..Jom kita muat turun perisian terbaik dari blog Mr.Hac..ok?
Sila klik pautan dibawah:


Klik Di Sini ---> i-Visit v1.2


PERHATIAN: Proxy yang berada dalam senarai akan 'mati' setelah beberapa hari..oleh itu, kalau korang nak proxy yang baru, yang boleh digunakan lagi, sila e-mel kepada Mr.Hac di:


saiful.putra86@gmail.com

P/S: Maaf la kalau bosan baca entry ni tanpa gambar, sebab entry ni tidak memerlukan sebarang gambar..heheh..(macam cerita kembar siang pulak..'Filem ini tidak memerlukan sebarang tagline'..)





Powered by Blogger.