Trafik Matahaw : Evolusi Blogger Tempatan!

Aku rasa blogger bernama Haw, pemilik kepada blog Matahaw ni tak perlu diperkenalkan lagi..kalau ada juga yang masih belum kenal, klik aje dekat nama blog dia yang aku taip tu ye..
hmmm..aku pun diperkenalkan kepada Matahaw oleh Kak Sharifah Nor..kredit bagi kat akak nohhh..
aku malas nak taip panjang-panjang, jom kita layan gambar dulu ok..

P/S: Korang klik pada gambar tersebut untuk tengok saiz yang lebih besar dan jelas..thanks..:)



Ni statistik setakat minggu lepas



Ni statistik untuk hari ni 
(paling tinggi cecah 50 orang untuk tempoh 1 jam)



Ni jumlah Uniques Visitor pada pukul 5.27 petang tadi



Ni pula jumlah Uniques Visitor pada pukul 10.27 malam tadi..
(korang kira la sendiri berapa banyak yang bertambah dalam waktu tersebut)



Ni adalah jumlah Referring URLs..
penyumbang terbanyak adalah dari Matahaw..


dan setakat aku menulis pada waktu ni, jumlah UV yang dah masuk ke blog aku ialah sebanyak 286..
apa? sikit? aku kata BANYAK..nak tau sebab apa? sebab untuk pengetahuan korang, masuk pukul 12 malam ni, blog aku baru BERUSIA 17 HARI..hahaha..kalau tak percaya boleh rujuk dalam Halaman Pengenalan pada blog ni, bila tarikh ia mula dibuat oleh aku..ramai aku tengok yang dah buat posting khas untuk berterima kasih kepada Haw..tapi dalam post aku kali ni, aku bukan sahaja nak berterima kasih kepada beliau, tapi juga nak mengulas serba sedikit trafik yang dijana oleh blog beliau..

aku ada buat beberapa pemerhatian yang terperinci terhadap beberapa website yang mampu memberi trafik yang tinggi kepada usernya seperti Free Viral Traffic, Trafficzap Exchange, ohdaus (blog), dan juga blogexplosion namun semuanya tidak ada yang sama seperti trafik yang dijana oleh banner Award dari Matahaw..

sebagai contoh, Free Viral Traffic, Trafficzap Exchance serta blogexplosion nampaknya seperti menggunakan kaedah Multilevel Internet Downline Marketing..yang paling penting semuanya adalah PERCUMA..korang hanya perlu promote kepada beberapa orang rakan untuk register dibawah referring ID korang, dan kemudian korang hanya perlu perhatikan trafik korang bertambah hari demi hari selepas kawan-kawan korang memperkenalkan sistem tersebut kepada kawan-kawan mereka yang lain..ada faham ke? heheh..
kemudian, ohdaus pula, aku tengok seperti menggunakan kaedah free backlink system..aku kurang arif mengenai sistem ni tapi yang pasti ianya juga PERCUMA..bagus betul tuan pemilik blog ohdaus tu..aku kagum sangat-sangat! namun, trafik yang dijana oleh Banner Award dari Matahaw nampaknya berbeza dan agak aneh..kenapa? hmmm..sebab yang aku musykil tu, ada sekali trafik yang masuk tu datang dari SALT LAKE CITY, UNITED STATES, tapi feedjit aku tulis 'arrived from matahaw.blogspot.com'..huahaha!
lalu aku jalankan pemerhatian dan sedikit kajian...aku cuma dapat andaikan secara hipotesisnya, yang Encik Haw ni memang sangat pandai dalam bidang IT (heheh..kipas lipas bang!)..ye la, kalau tak pandai, masakan dia boleh bagi trafik yang sangat tinggi kepada blogger-blogger baru (blog ni baru, tapi aku blogging dah lama..lalala~)..

aku andaikan macam ni:

Haw menggunakan sistem janaan trafik secara AUTO iaitu tanpa kehadiran Haw sendiri yang memantau program/perisian yang beliau gunakan kerana trafik tetap masuk seperti biasa biarpun dah pukul 2-3 pagi..

- Auto Traffic System
- Aku andaikan, korang anggapla sistem tu dapat membuka 50 URL yang SAMA (contohnya http://myhackersarehere.blogspot.com), dengan 50 IP yang berbeza (random IP daripada tempat atau negara yang berlainan), dan juga 50 REFERRING URLs yang SAMA (iaitu http://matahaw.blogspot.com)..
Logik tak? hahaha..korang pikir la sendiri..perhatian, ini cuma ANDAIAN aku aje..kalau salah, korang jangan salahkan aku pula..aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang blogger yang secara sukarela mengkaji sistem yang Encik Haw guna tu dan kemudian menyampaikannya pula kepada korang semua sebagai perkongsian maklumat baru(panjangnya ulasan)..
- Yang aku perasan, makin banyak kawan-kawan korang yang datang ke blog korang, makin tinggi janaan trafik dari matahaw..(haha..PETUA ni...)
- Apa peranan AWARD BANNER MATAHAW tu aku tak pasti..mungkin sama juga fungsinya dengan banner dari ohdaus, dengan menjana backlink ke blog korang, tapi sistem auto ni lagi aneh la..aku masih meneruskan kajian..jangan marah aaa..(psss..aku nak tanya kat bro Haw tapi aku segan..heheh..)

Apa-apa pun , kepada blogger yang masih belum mengenali Haw, aku sarankan korang pegi la jumpa dia (bukak blog dia la..)..aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat Haw sebab kalau aku tak kenal dia, mustahil blog yang baru berusia 17 HARI ni dapat trafik yang sangat membanggakan dan dapat jugak BE Nuffnang..opss! terlebih sudah~ :p

kepada yang nak pegi ke blog Haw a.k.a Matahaw, sila klik aje pada Award Banner kat sidebar blog aku ni, ataupun klik link dibawah..kesian..eh..sekian..trimas!


--->>> Matahaw






Powered by Blogger.