Cara Menggunakan Perisian Versi Trial Untuk Selama-lamanya

Salam semua..entry ni Hac tulis setelah beberapa hari ni Hac sibuk dengan kursus..bila dah jumpa bahan untuk ditulis, Hac cepat-cepat capai netbook..hari ni Hac nak bagi tahu cara untuk menggunakan perisian versi trial untuk selama-lamanya! ya..memang seronok kerana kita tidak lagi perlu bersusah-payah mencari keygen ataupun patch..


KONSEP

Apabila kita memasang (install) sesuatu perisian, ia akan membuat entry di Windows Registry dengan perincian pemasangan seperti tarikh dan masa pemasangan, direktori dan lain-lain. setiap kali kita menjalankan perisian itu, ia akan membandingkan antara tarikh dan waktu sistem dengan tarikh dan waktu pemasangan. jadi dengan ini ia akan dapat mengesan sama ada perisian tersebut sudah tamat tempoh percubaannya atau tidak. jadi, sekiranya kita dapat membuatkan perisian itu 'berfikir' bahawa tempoh percubaannya tidak tamat lagi, oleh itu kita akan dapat menggunakan ia untuk selama-lamanya.






Bagaimana Kaedahnya Menggunakan Perisian Versi Trial Untuk Selama-lamanya:

Pertamanya muat turun terlebih dahulu perisian Crack Lock di sini dan ikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah.


1. Sentiasa tuliskan tarikh dan masa pemasangan perisian versi trial untuk pertama kalinya.

2. Apabila tarikh percubaanya sudah tamat, jangan sekali-kali buka perisian itu.

3. Sekarang buka Crack Lock yang telah dipasang pada PC korang dan pilih 'add program'.

4. Kemudian, pergi dan cari perisian versi trial yang ingin korang gunakan untuk selama-lamanya di direktori ia dipasangkan dan 'suntik' tarikh terakhir ia luput.


CONTOH: Jika tarikh tamat tempoh percubaan perisian itu ialah 30 Disember, sentiasa masukkan tarikh 29 Disember.


5. Ulang langkah diatas untuk semua perisian trial yang ingin digunakan untuk selama-lamanya.


Nota: Apabila tarikh tempoh percubaan telah tamat, jangan buka ia terus begitu sahaja. sentiasa buka dengan perisian Crack Lock terlebih dahulu.




Powered by Blogger.