UM Player vs K-Lite Codec Pack

Salam..yeah! Hac kembali lagi dengan entry yang lebih hangat daripada selalu..heheheh.. (dah ala-ala hot.fm pulak!)

Ok..berbalik kepada tajuk entry Hac, Hac nak kongsi dengan anda semua satu media player yang gempak..UM Player : Universal Multimedia Player..



UM Player ni memang gempak..ia mempunyai begitu banyak sekali codec terbina dalaman yang setanding dengan K-Lite Codec Pack..ia dapat memainkan pelbagai jenis video dan audio..disamping fungsi sampingannya yang jauh lebih baik daripada K-lite Codec Pack..

Untuk melihat fungsi-fungsi dan apa yang ditampilkan oleh UM Player ini, sila ke sini ---> UM Player Features

Ia menyokong pemasangan pada Windows, Linux, dan juga Ubuntu..untuk versi Mac akan dirilis tidak lama lagi..saiznya setelah dipasang hanya 70.64MB sahaja..ia adalah perisian percuma dan anda boleh membuat modifikasi terhadap kodnya (open source project)..anda boleh mencari video yang ada di Youtube dan Shoutcast serta boleh merekodkannya..disamping itu, anda boleh membuat screenshot pada video yang sedang dimainkan ketika itu..

Ia jauh lebih 'ringan' dari K-Lite Codec Pack yang telah dipasangkan pada peranti Windows 7 dengan processor Atom (Netbook aje)..pemain ini boleh dikatakan lebih pantas dan lebih banyak kegunaannya..

Jangan tunggu lebih lama..cuba UM Player sekarang dan berikan ulasan anda di bawah!

untuk memuat turun perisian ini, sila klik di sini ---> UM Player



Powered by Blogger.