FileTram : Kaedah Pantas Pencarian Fail!

Salam..Entry hari ini mengupas serba sedikit tentang kaedah pantas pencarian fail yang disimpan di Rapidshare, Megaupload, Hotfile, Letibit, Ziddu, 4shared, dan lain-lain web hoting simpanan fail yang Hac anggarkan lebih kurang 50 kesemuanya..

Jadi bagaimana kaedah pencarian fail yang lebih mudah tanpa perlu TERTIPU dengan laman web yang KONONNYA menyediakan fail yang ingin anda muat turun, tetapi sebenarnya hanya ingin mengaut keuntungan dengan meminta anda untuk melanggan pakej kelajuan muat turun yang disediakan..ya..ada caranya..


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


Anda semua boleh menggunakan FileTram : Enjin carian untuk fail yang disimpan di web hosting penyimpanan fail seperti Rapidshare, Hotfile dan lain-lain..anda hanya perlu memasukkan kata kunci atau nama fail yang ingin anda cari, dan FileTram akan menyenaraikan kesemua fail-fail yang telah disimpan di lebih 50 buah web hosting penyimpanan fail..


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


Triknya di sini, anda tidak perlu mendaftar di FileTram untuk mendapatkan bandwidth maksimum seperti yang dijanjikan..cukup sekadar highlightkan URL tempat fail itu disimpan (seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas) dan copy serta paste URL itu di bar carian web browser anda, dan tekan enter..sekiranya web hosting tersebut meminta kata laluan, anda hanya perlu copy URL laman web asal yang ditulis sebagai Source dan paste pada bar carian web browser anda..sangat mudah dan pantas!

Jadi untuk mencuba menggunakan kemudahan yang dah lama Hac rahsiakan ini, sila klik pada pautan di sebelah ---> FileTram



Powered by Blogger.