Iron : Web Browser Alternatif Kepada Google Chrome!

Salam..sejak dua menjak ni Hac asyik menumpukan perhatian kepada web browser..apabila Hac dah mula tergilakan Lunascape, Hac terjumpa pula dengan web browser Iron ni..nak download? tunggu review dulu..baca sampai habis ya!




Paparan antaramukanya adalah sama dengan Google Chrome..akan tetapi boleh dikatakan Iron lebih mesra pengguna..hendak tahu mengapa Hac mengatakan begitu? lihat sini --> Chrome vs Iron

Dapat dilihat disitu banyak kekurangan Google Chrome telah berjaya di atasi oleh Iron contohnya Adblocker di mana Iron sudahpun mempunyai Adblocker terbina dalaman (Built-in Adblocker, sama seperti MAXTHON)..anda semua dapat melihat sendiri, Hac sudah mencuba web browser ini, dan bagi Hac Google Chrome perlukan lebih masa untuk mencapai 'kematangan'..

Bukan Hac tak sukakan Google Chrome, tetapi Hac tidak gemarkan beberapa masalah yang dialami ketika menggunakannya..dalam mencari kesempurnaan, sememangnya kita tidak akan dapat berjumpa dengan sesuatu yang betul-betul memuaskan hati..jika Google Chrome berjaya mengatasi masalah ini, soal web browser 'gantian' mungkin tidak akan wujud..tetapi apalah salahnya jika kita hendak mencuba sesuatu yang baru kan!

Web Browser Iron ni bagi Hac, yang seronoknya, adalah kerana ia mempunyai versi mudah alih (portable), yang mana ianya adalah satu-satunya ciri yang tidak ada pada Google Chrome..sekiranya ada sekalipun, ianya merupakan versi yang telah dilakukan modifikasi..

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Web Browser Iron ini,
silakan memuat turunnya di sini ---> Iron Full Installer

Jika anda mahukan versi mudah alih (portable), anda boleh memuat turunnya disini ---> Iron Portable


Oh ya! dan semestinya ia dapat berintegrasi dengan Internet Download Manager!
selamat mencuba!





Powered by Blogger.