Apa Itu Social Engineering?



Apa Itu Social Engineering?

Social Engineering (SE) bukanlah satu jenis perisian..ia adalah cara ataupun kaedah seseorang hacker (penggodam) memanipulasi kepercayaan orang lain untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan olehnya atau membuat seseorang percaya untuk memberikan maklumat sulit yang diperlukan oleh hacker tersebut..secara ringkasnya SE ialah teknik permainan psikologi yang sering digunakan oleh hacker untuk mendapatkan informasi penting dari orang lain..
Kevin Mitnick ialah orang yang bertanggungjawab mempopularkan istilah SE ini..



Kesan Social Engineering:


Jika anda fikir SE sering dilakukan untuk memperdayakan orang biasa, anda salah..kerana orang seperti Kevin Mitnick berjaya memperdayakan FBI, NOKIA, MOTOROLA, dan banyak lagi mangsa/sasarannya yang lebih 'besar'..namun bagi Mr.Hac, teknik ini juga boleh dimanupulasi oleh orang biasa dengan sedikit kemahiran penyamaran untuk memperdayakan mangsa yang kurang pengetahuan tentang IT..
tujuannya masih kekal sama, untuk mendapatkan data sulit/peribadi..



Kaedah Mengelakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Social Engineering:


Adalah sukar sebenarnya untuk seseorang mengelakkan diri kerana telah menjadi fitrah manusia untuk mempercayai orang lain..namun terdapat sedikit tips sebagai panduan untuk mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa:


1. Jangan sesekali berkongsi kata laluan dengan orang lain (biar siapa pun dia!)

2. Jangan buang bil kad kredit atau kad debit anda ke dalam tong sampah kerana ia mengandungi maklumat yang penting seperti nombor akaun, nombor kad dan lain-lain..jangan buang ok..terus MUSNAHKAN sahaja sekiranya tidak mahu digunakan lagi.

3. Perbaiki ilmu dan kelemahan diri anda tentang IT..


Ada banyak lagi tips tapi cukup la banyak ni..bagi banyak-banyak pun belum tentu dibaca!

P/S: Artikel ini hanya menjelaskan secara ASAS tentang Social Engineering..sekiranya anda mahukan lebih lagi info, silalah GOOGLE..terima kasih..



"Social engineering bypasses all technologies, including firewalls." - Kevin Mitnick

"To what ever extent the companies may feel secure with latest security tools but still the human factor is the weakest vulnerability" - Kevin Mitnick



Powered by Blogger.