Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Hacker?

Kerapkali persoalan ini menerjah kotak e-mail Mr.Hac (perghh..ayat..)
takde lah! haha..isu kali ni Mr.Hac bawakan untuk anda semua kerana sebelum ni Mr.Hac tengok anak-anak Melayu kita sedikit 'manja'..nak google pun malas ke? hmmm..
susah tu..entry seterusnya Mr.Hac akan tulis serba sedikit tentang sikap-sikap seorang hacker..persoalan untuk entry kali ini ialah "Adakah saya boleh jadi seorang hacker tanpa mengetahui programming?" dan "Adakah programming itu perlu untuk menjadi seorang hacker yang sempurna?"




Apa Yang Penting Untuk Menjadi Seorang Hacker?

Pada satu waktu dahulu hacker yang terbaik adalah mereka yang menguasai ilmu-ilmu programming kerana waktu itu semuanya berpandukan kepada command line sahaja jadi sudah pasti sesiapa yang dikenali sebagai hacker adalah mereka yang pandai mengenai programming..

Bagaimanapun definisi untuk hacker berubah pada awal abad ke 21, seseorang itu dapat menjadi hacker dengan cepat tanpa mengetahui programming apabila wujudnya pelbagai tools yang telah dicipta oleh mereka yang lebih berkemahiran sehingga mereka dapat mengendalikan sesebuah komputer tanpa ilmu programming yang kompleks..ambil contoh yang paling mudah iaitu HAJIV..Hajiv ialah sejenis perisian yang membantu untuk melakukan proses SQL INJECTION secara automatik dan membantu mendapatkan maklumat sensitif dalam tempoh yang pantas dan kadangkala ia juga mengambil masa yang lama untuk kes-kes tertentu..



Di Mana Kepentingan Programming?

Kebanyakan dari hackers yang bagus sememangnya pakar dalam bab teknologi dan sentiasa ingin tahu bagaimana sesuatu proses berlaku..disinilah di mana anda perlukan ilmu programming yang mantap untuk mengetahui bagaimana proses itu berlaku..

Satu lagi sebab kenapa anda perlukan ilmu programming ialah anda akan dapat menulis exploit anda sendiri (exploit ialah kod yang digunakan untuk mendapatkan akses ke sesebuah mesin/komputer dengan pendedahan ancaman yang khusus/tertentu) dan inilah yang membezakan antara anda dan Script Kiddies dan kebanyakan masa exploit codes itu datang dengan beberapa kesalahan coding yang 'disimpan' oleh Elite Hackers untuk mengelakkan para Script Kiddies dan orang yang sedikit ilmu pengetahuan mengenai hacking khususnya IT daripada menjalankan exploit package tersebut..


Powered by Blogger.