Cara Mencipta Fail Autorun.inf : Apa Itu Autorun?

Sebelum ni Mr.Hac pernah buat entry mengenai Autorun..namun entry itu hanyalah sekadar 'briefing' atau pengenalan sahaja..

Adakah Autorun itu sejenis virus?

Soalan inilah yang kerapkali ditanyakan..jawapannya, TIDAK..kenapa? mari kita tengok satu demi satu..








Berikut merupakan contoh kod yang ada dalam satu fail Autorun:


[Autorun]
Open=RECYCLER\QqFvXcB.exe
Explore=RECYCLER\QqFvXcB.exe
AutoPlay=RECYCLER\QqFvXcB.exe
shell\Open\Command=RECYCLER\QqFvXcB.exe
shell\Open\Default=1
shell\Explore\command=RECYCLER\QqFvXcB.exe
shell\Autoplay\Command=RECYCLER\QqFvXcB.exe


Apa Itu Autorun?

Autorun ialah FAIL yang MENJALANKAN program, dokumen, atau fail yang lainnya apabila DVD, CD atau Pen Drive dimasukkan..ianya hanya sebuah FAIL..

Apabila DVD, CD atau Pendrive dimasukkan ke PC, windows akan mencari fail Autorun dan mengikuti setiap baris perintah yang terkandung dalam fail Autorun tersebut.


Bagaimana Cara Mencipta Fail Autorun.inf?

Buka Notepad dan taipkan command berikut:

[Autorun]


Simpan ia sebagai autorun.inf (sila pastikan extensionnya ditukar dari txt kepada inf)


Lengkapkan baris perintah dalam fail Autorun.inf


OPEN=

Ini akan mengkhususkan aplikasi yang perlu dibuka apabila pendrive (contohnya) dimasukkan.


Contoh:


Open:rat.exe


Ini akan menjalankan fail rat.exe apabila pendrive dimasukkan. Fail ini sepatutnya berada dalam root directory..sekira ia berada dalam directory yang berbeza, maka anda perlu menyatakannya.


Contoh:


Open=RECYCLER\rat.exe



Explore=

Sama seperti biasa, sekiranya anda klik kanan pada Pendrive dan pilih Explore, maka command ini akan dijalankan.


AutoPlay=

Sama seperti di atas, ia akan menjalankan AutoPlay.


SHELL\VERB=

Perintah SHELL\VERB menambah perintah tambahan ke menu pintas pemacu/cakera keras. Contohnya ia boleh digunakan untuk menjalankan aplikasi pada DVD atau CD..


Contoh:


shell\Open\Command=RECYCLER\QqFvXcB.exe
shell\Open\Default=1
shell\Explore\command=RECYCLER\QqFvXcB.exe
shell\Autoplay\Command=RECYCLER\QqFvXcB.exe




Jadi mengapa perisian Antivirus saya menyekat/memadam fail Autorun?


Berdasarkan kepada contoh diatas, dapatlah kita ketahui bahawa ia bukanlah fail virus..namun ia berfungsi sebagai fail yang menjalankan aplikasi dan juga fail exe dan ini boleh membawa kepada serangan virus. sekiranya ia disekat terlebih dahulu, maka kemungkinan PC anda dijangkiti virus berkurangan.


Nak selamatkan PC dari dijangkiti?

Sila ke sini ---> Aplikasi Ringkas : Safety Folder Version 1.0 dari MYHAC


Dan juga ke sini ---> Safety Folder Version 1.1 (Upgraded) versi Juaratempur


Sekian..Assalamualaikum..



Powered by Blogger.