20 May 2011

Cara Menggunakan Ultrasurf 10.10


By on 10:15 PM

Tutorial Cara Menggunakan Ultrasurf ini Mr.Hac buat khas untuk mereka yang masih tak tahu bagaimanaj cara terbaik untuk menggunakannya..setakat ini (20/05/11), versi terbaru ialah Ultrasurf 10.10 @ U1010..jadi tutorial ini Hac tulis menggunakan Ultrasurf versi ini..kaedah atau cara menggunakan Ultrasurf perlu dipelajari oleh semua orang yang mahukan keselamatan daripada ancaman para penggodam ketika melayari internet..setelah beberapa siri dalam blog ini yang membincangkan mengenai Ultrasurf, akhirnya Hac buatkan satu tutorial khas untuk anda semua..(serius khas untuk mereka yang di tempat kerjanya, atau di tempat belajarnya sudah block laman-laman web tertentu..hahaha..serius tu!)

Tutorial ini ringkas sahaja..tak perlu pengetahuan IT yang tinggi..Hac karangkan dengan cara yang simple supaya mudah difahami oleh semua orang..oleh itu mari kita sama-sama lihat bagaimana cara untuk kita bypass websense dan kita akan dapat melayari internet dengan bebas!





Nampak tak tu? klik 2 kali (double click) pada icon Ultrasurf tu..Hac ada buat koleksi tau dari versi 10.05 sampai la versi terkini..




Waktu ni kena sabar..Ultrasurf belum disambungkan dengan server..



Ok..berhasil! waktu ni Ultrasurf dah berjaya disambungkan ke server dan segala sekatan websense sudah boleh kita bypass..




Klik pada Option (dalam kotak tu)




Ikut semua setting seperti diatas (setting ini untuk mereka yang menggunakan Firefox)
Kemudian klik pada Proxy Settings..




Boleh pilih 'Directly use Ultrasurf'...atau...




Boleh letak setting seperti diatas..boleh juga letak nombor 9666 (gantikan) pada tempat Hac letakkan nombor 8580 tu..ada juga yang bertanya, betul ke setting tu Mr.Hac? macam salah je..ya...jawapannya, memang salah pun..tapi kalau hendak diikutkan, setakat yang Hac guna sehingga hari ini, tiada masalah yang berbangkit berkenaan isu setting ini (dari forum sehingga ke laman blog, semuanya mengatakan benda yang sama)..kalau ada masalah, pasti tiada orang yang akan menggunakan setting seperti ini..

Kalau nak diikutkan juga, pada kotak Proxy Host dan Proxy Port, sepatutnya kita meletakkan nilai proxy dan port-nya..tetapi sukar untuk mencari proxy yang benar-benar 'fresh' dan masih berfungsi walaupun kita menggunakan perisian Proxy Finder ataupun kita mencarinya secara manual di Alive Proxy..jadi? jadi gunakan sahaja setting seperti diatas..

Apa kegunaannya setting itu? gunakan sekiranya Ultrasurf sudah tidak berfungsi lagi seperti biasa..mungkin port 9666 sudah disekat oleh jabatan tempat anda bekerja..oleh itu gunakanlah segala setting yang ada dengan sebaik-baiknya..



Untuk pengguna Firefox, anda perlu menggunakan Add-On WJBUTTON dari Ultrasurf supaya Ultrasurf dapat digunakan secara menyeluruh, berkesan, dan mudah..dengan 'button' ini, anda boleh 'On' dan 'Off' connection anda ke internet sama ada menggunakan Proxy Ultrasurf atau sambungan secara terus..



Muat turun dan install di sini ---> WJBUTTON


Ekstrak fail yang telah anda muat turun dan buka ia menggunakan Firefox..install seperti biasa..setelah install, anda akan nampak button ini berada dibawah sekali..(sila enable terlebih dahulu add-on toolbar)



Ikut setting seperti dalam gambar diatas..




Anda akan dapat lihat button Ultrasurf berada pada bahagian bawah Firefox (pada add-on toolbar)



Nak download Ultrasurf? klik button download dibawah:





Ultrasurf versi lama:


Ultrasurf 10.05


Ultrasurf 10.06


Ultrasurf 10.07 (direkomenkan sebab laju..tak tahu kenapa..)


Ultrasurf 10.08


Ultrasurf 10.09


(yang lain-lain pun laju juga..cuma Hac suka versi 10.07 dan 10.10 yang terbaru tu)



Kepada mereka yang menggunakan web browser IE, anda tidak perlukan apa-apa setting kerana semuanya automatik..tetapi kepada mereka yang menggunakan firefox, anda perlu ikut setting diatas..habis Mr.Hac, kalau mereka yang gunakan chrome dan lain-lain browser macam mana?

kepada mereka yang menggunakan chrome dan lain-lain browser, anda perlu tukarkan setting proxy (Proxy Settings) iaitu:

Klik Option > Proxy Setting > LAN Setting > Klik pada 'Use a proxy server for your LAN'

HTTP Proxy : 127.0.0.1
Port : 9666



Chrome juga mempunyai extension proxy yang berfungsi sama seperti WJBUTTON..sila ke sini untuk mendapatkannya ---> Chrome Extension

P/S: Hac biasa gunakan Proxy Switchy!


Ada sesetengah orang yang merungut dengan mengatakan Ultrasurf tidak lagi dapat bypass sekatan yang dilakukan oleh office mereka..tetapi permasalahan ini sebenarnya berpunca dari penggunaan versi lama..Hac sudah mencuba kesemua versi-versi lama (versi bawah dari 10.05) dan sememangnya connection kepada server terlalu lambat..jadi untuk mereka yang betul-betul perlukan perisian yang dapat membantu mereka untuk melepasi sekatan di pejabat, gunakan versi terbaru!
namun, kalau nak cuba juga apa salahnya kan? dengan mencuba versi lama, sekurang-kurangnya anda akan dapat tahu beza antara yang lama dengan yang baru..


Klik disini ---> Old Version of Ultrasurf Collection



Ok lah..cukup sampai disini sahaja tutorial dari Mr.Hac..nanti sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila komen dibawah ok..kalau rasa tutorial ini masih tidak lengkap dan mahu supaya Hac menambah apa-apa, sila bagi tahu ya..


Berikut Mr.Hac lampirkan sekali e-book percuma mengenai Ultrasurf untuk dimuat turun oleh anda semua ---> Ultrasurf-User's Guide

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment