Facebook Hot FM Di Hack Oleh Jack Sparrow

Salam..nampaknya selepas TeamAryzs, giliran Facebook Hot FM pula di hack! Ramai yang bertanya sama ada benarkah FB Hot FM di hack oleh Jack Sparrow itu?
Jawapan YA! BENAR!

Hacked! Owned! Pwned! use your own words but its true..FB Hot FM yang lebih hangat dari biasa itu telah digodam oleh hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow..FB Hot FM telah digodam semalam, pada waktu pagi..mana Mr.Hac tahu? hei..ini Malaysia la..sekejap je maklumat boleh tersebar..Mr.Hac kira orang yang lambat juga la mengetahui tentang berita ini..itu pun setelah Mr.Hac melayari Forum Silent Hackers Malaysia..jadi kredit diberikan kepada mereka yang menulis berita ini..

Tujuan hack FB Hot FM dan TeamAryzs?
untuk mengetahui mengapa FB Hot FM di hack, sila baca sehingga habis entry ini..
tetapi kalau tanya kenapa FB TeamAryzs di hack, jawapan Mr.Hac adalah kerana sikap angkuh (ini berita yan Mr.Hac dapat dari sahabat Mr.Hac sendiri..siapa? jangan tanya!) dengan mengeluarkan perkataan keramat kepada encik Jack Sparrow tu..

Hackers pantang..pantang dicabar..jangan sekali-kali keluarkan perkataan keramat ini iaitu :
"Hack Us If You Can"
Anda memang menempah 'godaman' dari mereka, seperti yang terjadi kepada laman web 1Malaysia.com yang telah di hack oleh Team dari Devilzc0de..sebab apa? sebab 'perkataan keramat' tu keluar la..



Berikut adalah sedikit gambar yang diperolehi dari Silent Hackers:











Di sini Mr.Hac ingin mengatakan, Mr.Hac bukanlah menyokong tindakan mereka..tetapi, dengan terjadinya perkara seperti ini, mereka telah menunjukkan bahawa tahap PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA TENTANG IT sangat-sangat-sangat LEMAH!!

bukanlah Mr.Hac katakan ia berlaku disebabkan kecuaian para DJ Hot FM, mahupun Admin TeamAryzs, tetapi jika perkara ini tidak berlaku, semua orang tak akan sedar tentang betapa pentingnya ilmu IT..apabila satu-satu FB digodam (bukan selebriti), orang akan buat tak tahu tentangnya..apabila FB selebriti yang digodam, waaah..semua mengecam! hackers tu bodoh lah, anak ha**m lah, itu ini lah..tapi bagi Mr.Hac, anda semua yang mengecam 10 kali lebih bodoh dan bingai kerana bersikap angkuh lagi bongkak..ilmu IT sangatlah penting pada zaman ini..tanpa IT, negara tidak akan maju..dan tanpa IT, rakyat akan jauh ketinggalan..kesedaran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap IT perlu lebih dipertingkatkan lagi supaya pada masa akan datang kita semua akan lebih bersaing dan berdaya maju..

Teknik yang mereka digunakan untuk hack FB Hot FM dan TeamAryzs??

Oh..maaf..pada asalnya memang Mr.Hac dah buat draft untuk teknik tersebut..akan tetapi setelah difikirkan kembali, ia teknik yang mudah dan berkesan..jadi Mr.Hac bimbang ia akan disalahguna..

Alaaa Mr.Hac..nak tau nama teknik aje pun dah ok..apa dia Mr.Hac?

maaf ya..nama teknik pun tak dapat Mr.Hac reveal sebab nanti orang boleh google!

Jadi kepada semua, Mr.Hac harap anda belajar dari pengalaman orang lain yang dah terkena panggilan hangit...untuk kita-kita jerr..errr..Oppss!




Powered by Blogger.