Lindungi Identiti Di Internet Dengan TOR

Salam..agak lama juga Mr.Hac mengkaji kaedah terbaik untuk menggunakan perisian TOR..
Maksud TOR - TOR adalah singkatan dari THE ONION ROUTING..sebab apa gunakan nama Onion?sebab logo rasmi TOR ialah bawang..kenapa bawang?tu kena tanya dengan pembangun perisian TOR ni sebab Mr.Hac lupa nak tanya dia nohhh..

TOR juga merupakan perisian yang pernah digunakan oleh pengasas laman web WIKILEAKS..ya..Wikileaks..kenapa perlu gunakan TOR?apa yang hebat sangat?

Begini..dulu Mr.Hac pernah buat entry mengenai Ultrasurf..ia adalah perisian bersaiz kecil yang membantu kita untuk melepasi sekatan websense. ia juga membantu para pengguna untuk melindungi identiti kita ketika di atas talian (online) daripada dihidu oleh para penggodam (hackers)..selain itu ia adalah perisian yang digunakan oleh Hackers dari Malaysia yang mengasaskan blog hackers malaysia iaitu Arya Putra a.k.a Mr.Hac! heheh..sekali-sekala nak interframe juga!

Jadi, perisian TOR ini juga berfungsi dengan maksud dan tujuan yang sama..cuma sedikit ulasan dari Mr.Hac, sebab apa Mr.Hac lama mengkaji, kerana terdapat banyak tetapan (settings) dalam perisian TOR..jadi berbagai masalah yang telah Mr.Hac hadapi sebelum Mr.Hac berjaya memahami perisian TOR ini biarpun belum sepenuhnya..jadi Mr.Hac menyeru kepada semua pembaca supaya sama-samalah kita mengkaji kaedah terbaik untuk menggunakannya.

Troubleshooting error - 514 authentication required:

Masalah yang ni anda semua jangan tanya..Mr.Hac masih mengkaji cara untuk mengatasinya..tetapi, sekiranya tidak mahu berdepan dengan masalah ini, sila kekalkan tetapan TOR kepada 'Use the recommended proxy settings for my version of Firefox'..haaahahaha..panjang kan kata-katanya..itu maknanya 'dia' (TOR) serius! jangan ubah la kalau tak mau susah..hahaha!

TOR juga boleh digunakan untuk melepasi sekatan websense dengan menggunakan bridge connection ataupun relay (kalau tak silap la). cuma tetapan terbaik belum jumpa lagi (susah beb nak cari settingnya!)


Apa Yang Terkandung Dalam Vidalia Bundle?


Tor - sistem melayari internet secara anonymous
Vidalia - Graphical User Interface (GUI) yang membantu pengguna untuk mengendalikan Tor dengan lebih mudah
Polipo - membantu menambahkan prestasi pelayaran internet ketika menggunakan Tor
Torbutton - Add On Firefox yang membantu pengguna untuk menukar status pelayaran internet dengan lebih pantas

Torbutton bagaimanapun tidak compatible dengan Firefox 4.0.1..TETAPI..masih ada versi yang disokong oleh Firefox terbaru itu iaitu versi Alpha..


Cara-Cara Menggunakan Perisian TOR by Mr.Hac:

1. Muat turun Vidalia Bundle di sini ---> Vidalia Bundle

2. Muat turun Add On untuk Mozilla Firefox 4.0.1 di sini ---> TOR Button Alpha Version

3. Klik pada installer Vidalia Bundle dan Un-Thick pada kotak Torbutton:





4. Kemudian buka Vidalia Control Panel dari task bar dan klik pada Start Tor





5. Pasang (install) Torbutton pada pelayar Firefox anda dan restart Firefox untuk melengkapkan proses pemasangan. nampak tak kat situ Mr.Hac pasang Torbutton versi alpha? (tengok URL)





6. Sekarang, setelah TOR telah disambungkan ke server, anda hanya perlu klik pada Torbutton untuk menukar statusnya kepada enable.



7. Torbutton berbentuk bawang dan mempunyai pangkah berwarna merah bermakna pelayar anda masih belum berada dalam tetapan sambungan TOR..manakala Torbutton berbentuk bawang berwarna hijau pula bermakna anda sudah pun selamat untuk melayari mana-mana laman web yang anda mahu.


Selesai! cuma tutorial untuk melepasi sekatan websense dengan menggunakan TOR masih belum dapat Mr.Hac buat kerana masih dalam kajian. tunggu entry seterusnya ya!

P/S: Sekiranya anda membuka tab-tab yang banyak sebelum menukar status TOR kepada enable, dan kemudian apabila anda enable-kannya, tab tersebut tidak berfungsi, jangan bimbang. anda hanya perlu tutup kesemua tab-tab tersebut dan buka tab yang baru. tab yang lama sebelum TOR di-enable-kan tidak berfungsi setelah ia di-enable. mungkin kerana ada beberapa setting pada Vidalia yang tidak sepadan dengan tab yang lama. jadi hanya perlu buka tab yang baru. selesai.

Sekian. salam hormat dari Mr.Hac.


Powered by Blogger.