21 June 2011

Firefox 5 Final Release Download


By on 4:31 PM

Aduh..letih rasanya bila kita mengikuti 'peperangan' antara pelayar-pelayar web utama dunia..satu demi satu versi dikeluarkan sehingga tak pasti versi mana satu hendak dicuba dahulu..Firefox 5, yang dikatakan akan dikeluarkan akhir bulan ini (21 Jun), telah dikeluarkan lebih awal walaupun belum rasmi dari laman pembangunnya..anda boleh mendapatkan Firefox versi 5 pada pautan FTP (akan Mr.Hac berikan nanti)..

Dengar ura-ura juga, Firefox versi 6 dan Firefox versi 7 akan dikeluarkan dalam tahun ini juga..waaahhh..bagi peminat Firefox, tentu ini berita yang sangat menggembirakan..Hac dah mencuba versi 7 (Nightly), ternyata lebih smooth dan steady..walaupun ada sesetengah orang yang telah mencuba Firefox 7 Nightly mengatakan ia kerap crash dan belum stabil, tetapi bagi Hac ia cukup memuaskan hati..cuma bab kelajuan, Lunascape kekal pelayar web terpantas yang pernah Hac gunakan..walaupun ia hanya menggunakan enjin gecko (Firefox) versi 3.6.17, ia lebih pantas dari Firefox versi 7 Nightly!

Oh..maaf la..ini entry untuk Firefox..lupa pula..ok..tak banyak yang boleh Hac katakan mengenai Firefox versi 5 ini..cuma ada beberapa Add-on penting seperti Add-on untuk integrate Firefox dengan IDM tak compatible..namun ia boleh dilaporkan kepada pihak Firefox melalui butang 'Feedback' yang disediakan, atau gunakan Add-on Compatibility Reporter, atau nak lebih senang, gunakan sahaja versi 4 yang sudah stabil..(koh koh koh)..



Anda boleh cuba Firefox versi 5 dengan memuat turunnya di sini:


Klik ---> Firefox 5 Beta 7

Alternatif ---> Firefox Beta 7

P/S: Terpaksa bagi versi beta 7 sebab versi yang diletakkan dalam direktori FTP Firefox di dapat di muat turun..

Kalu nak cuba nasib boleh aje..Hac bagi direct link, amacam?

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux


Atau boleh cuba pada pautan di bawah ni:


Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux


Bagaimana pula dengan anda? Pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?




About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment