FoxyProxy : Add On Firefox Untuk Melepasi Firewall

Assalamualaikum..dah banyak yang kita belajar tentang cara untuk melepasi firewall, supaya dapat melayari laman-laman yang disekat..Hac ingin sesiapa yang disekat oleh firewall yang hebat seperti websense, sonic wall, dan barracuda tolong beritahu tips yang mana berkesan untuk mereka..kerana sekian banyak tips, Hac masih tak pasti mana satu yang betul-betul berkesan..

Tips hari ini mudah sahaja..anda cuma perlu menggunakan Add On Firefox (bagi mereka yang menggunakan pelayar web lain, tips ini tidak dapat digunakan) yang dinamakan sebagai FoxyProxy..ia adalah Add On yang memudahkan anda untuk melayari laman web yang disekat dengan menggunakan proksi (proxy)..




Cara Menggunakan FoxyProxy:


1. Muat turun Add On FoxyProxy di sini : FoxyProxy

2. Selepas memasangnya pada Firefox dan restart kembali Firefox anda, anda boleh melihat Add On lebih mudah dengan menggunakan fungsi 'Add On Bar'..anda perlu klik pada 'Add-on Bar' untuk menghidupkan fungsinya..

3. Setelah itu, anda klik pada lambang FoxyProxy ---> Add New Proxy ---> Proxy Details

4. Sila masukkan proksi pada ruangan yang disediakan..

5. Nak lebih mudah faham? tonton video di bawah:






Atau anda boleh juga merujuk cara menggunakan FoxyProxy di sini: FoxyProxy

Silalah mencuba dan berikan komen anda mengenai cara ini..Mr.Hac tujukan entry ini khas kepada mereka yang masih gagal melepasi sekatan firewall biarpun telah menggunakan kesemua tips yang Mr.Hac tulis..semoga berjaya!

P/S: terdapat juga berbagai Add-On dengan fungsi yang serupa..anda boleh mencarinya di laman Add-ons for Firefox dan gunakan kata kunci 'proxy'..




Powered by Blogger.