myfriends2u.com - Laman Sosial Buatan Malaysia Yang Hebat!



Membuat satu laman sosial bukanlah kerja mudah..ia memerlukan ketekunan serta kepakaran yang tinggi..kerana itulah Mr.Hac ingin highlightkan di sini, sebuah laman sosial yang dibangunkan sepenuhnya oleh anak-anak tempatan, buatan Malaysia, myfriends2u.com..

Telah bertapak sejak tahun 2010, ia telah dibangunkan oleh NetXpert Sdn.Bhd dan popularitinya semakin berkembang dengan baik..menurut Ketua Pegawai Eksekutif NetXpert Sdn.Bhd, Che Onn Ismail, laman sosial ini dibina berdasarkan kepada kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan platform setempat mudah, yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung malah boleh melakukan lebih daripada itu menerusi satu akses (sumber Majalah PC Nov 2010)..

Siapa kata anak watan tidak mampu melakukan sesuatu yang hebat? siapa kata anak tempata kita tidak mampu mencipta sejarahnya yang tersendiri..myfriends2u membuktikan sebaliknya apabila pelbagai fungsi dicipta untuk menandingi kehebatan penangan laman sosial Facebook..biarpun masih belum digunakan sebagai akaun rasmi untuk mana-mana acara atau syarikat dalam Malaysia contohnya Rancangan Mentor, Radio HotFM dan sebagainya, myfriends2u sekarang sedang melonjak naik dengan baik dan kepelbagaian fungsinya serta mudah digunakan membuatkan ia semakin diterima ramai..

Myfriends2u menawarkan My Places sebagai rujukan tempat-tempat menarik, My MarketPlace untuk orang ramai mengembangkan bisnes dalam talian, My Career sebagai tempat carian pekerja atau mengiklankan diri di dunia kerjaya, U Life yang mengumpulkan penuntut-penuntut Universiti pada satu tempat dan banyak lagi yang boleh diterokai oleh anda sendiri..sekiranya anda sudah mendaftarkan diri, anda akan dapati tidak terdapat banyak perbezaan ketara dengan laman sosial Facebook, cuma 'suasananya' lebih 'Malaysia'..ini yang kita mahukan!

Jadi apa tunggu lagi? buat lah satu akaun sekarang dan mulalah berhubung dengan rakan talian yang lain! rasai perbezaan dan kehangatan myfriends2u.com!

(Ada lagi ke yang tak tahu pasal ni ya?)



Powered by Blogger.