Operator : Layari Laman Web Secara Anonymous

Telah banyak sebelum ini Mr.Hac post beberapa siri entry untuk kaedah melepasi sekatan terhadap laman web..jadi, jangan hairan sekiranya bulan Jun ini penuh dengan entry-entry seperti ini..Mr.Hac ingin mendedikasikan entry-entry akan datang kepada anda semua yang mahu melayari laman-laman web yang disekat, mahu melayari laman-laman web secara anonymous, dan mahukan kebebasan serta privasi..

Mr.Hac akan post-kan seberapa banyak kaedah yang Mr.Hac tahu, jumpa, atau yang telah Mr.Hac kaji dengan lebih mendalam..buat masa ini sekiranya anda ada apa-apa masalah, sila terus ajukan pertanyaan kepada Mr.Hac melalui ruangan komen atau ruangan Hubungi Admin..Hac akan cuba bantu sedaya upaya..buat mereka yang gagal mendaftarkan akaun di Shellmix.com untuk membuat SSH Tunneling supaya dapat melayari laman web yang disekat, anda boleh minta bantuan Hac..Hac akan tolong buatkan satu akaun untuk anda..amacam cuti panjang? best? eh...salah dialog..apsal dialog KL Gengster plak yang keluar ni..hmmm..amacam? puas hati tak? haaa..ok..jom sambung tengok apa yang Mr.Hac nak bagi kali ini..



Operator (Opera TOR) ialah sebuah pelayar web Opera versi mudah alih yang menggabungkan pelayar web Opera + TOR + Privoxy untuk membolehkan anda melayari internet secara anonymous dan melepasi sekatan dari firewall..


Kelebihan Operator @ Opera Tor:


1. Mudah digunakan..hanya perlu klik pada fail exe yang dinamakan 'OperaTor'..

2. Berkesan mengubah IP dan membantu melayari laman web secara anonymous..lihat pada screenshot di bawah..




3. Berkesan melayari laman-laman web yang disekat..

4. Ia akan memadamkan jejak (History, cookies, cache) secara automatik apabila ditutup..(melainkan anda set semula tetapannya)

5. Menggunakan pelayar Opera yang dikenali kerana ketahanannya dari crash..


Kekurangan?? Mr.Hac tidak mahu beri tahu..anda kaji dan tentukan sendiri, dan berikan feedback anda pada ruangan komen di bawah!
Selamat mencuba!

Sila muat turun melalui pautan di bawah:


Klik Di Sini ---> OperaTor



Powered by Blogger.