Review : Web Browser Comodo Dragon

Assalamualaikum semua..mungkin bagi yang membaca tajuk, jika mereka merupakan followers blog ini dari dahulu, pasti sudah tahu yang Mr.Hac amat sukakan web browser dan sering mengkaji mengenainya..kalau boleh memang nak cipta satu web browser jenama sendiri, made in Malaysia..tapi buat masa ni belum lagi kot..oleh itu hari ini Mr.Hac nak kongsi dengan anda semua satu lagi web browser yang menarik untuk dicuba iaitu Comodo Dragon..

Comodo Dragon ialah sebuah pelayar web berasaskan Chromium..cuma Comodo Dragon memberikan kepada anda ciri-ciri keselamatan ketika melayari laman web dengan lebih baik..
jom kita baca ulasan dari seorang blogger :



Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, aku ada sedikit kisah yang hendak dikongsikan. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku nak guna Comodo Dragon berbanding Google Chrome ni.

Kepada korang yang tak tahu lagi, Google Chrome ni adalah stalker aka spyware. Apa yang korang buat, surfing ke mana-mana, Google tahu sebab Google Chrome akan menghantar data ke server Google. Perbandingan antara Google Chrome dengan Comodo Dragon akan aku tunjukkan kat bawah.

Dalam Google Chrome, korang akan dapat user ID, agar Google senang la nak track apa yang korang buat. Dan Google Chrome juga ada RLZ identifier. Jangan tanya aku apa itu, tapi korang boleh usha lagi detail pasal benda alah ni dekat wiki Google Chrome.

Dari segi kepantasan, Chrome dan Comodo ni tak jauh bezanya. Yang aku nak highlight-kan kat sini adalah Google Chrome ni ibarat legal spyware la.

Korang juga jangan risau, Comodo Dragon juga support plugin Google Chrome. Kalau boleh pasang dekat Chrome, kenapa tidak di Comodo? Keh keh keh. Aku dah cuba.

Kalau korang nak download Comodo Dragon, boleh ke laman rasmi Comodo. Dari tadi aku cakap pasal Comodo, tapi aku tak cakap pun pasal siapa Comodo ni kan? Kalau korang nak tahu, Comodo ni adalah kompeni yang buat antivirus, firewall dan lain-lain yang berkaitan dengan sekuriti la.

Sumber




Apa yang Mr.Hac suka dengan browser Comodo Dragon?
Mr.Hac suka tentang ciri-ciri keselamatannya..jauh lebih baik dari Google Chrome yang mengutip data penggunanya dan mengesan apa yang kita lakukan ketika dalam talian..yang lebih penting, Comodo Dragon dicipta/dibuat oleh pembangun antivirus+internet security..jadi tentang tahap keselamatannya boleh dipercayai..

Mr.Hac boleh jamin antara Comodo Dragon dengan SRWare Iron memang terdapat perbezaan..dan perbezaan ketara ialah dari segi kelajuan, di mana Comodo Dragon lebih laju lagi dan lebih smooth..pembukaan tab masih menggunakan kaedah bersambungan, sama seperti browser yang lain kecuali Lunascape yang membuka tab dengan susunan strata (bertingkat-tingkat), jadi bukaan tab Lunascape lebih bagus kerana ia mudah diselenggarakan..namun bukaan tab Comodo Dragon juga bagus kerana ia jauh lebih smooth berbanding Chrome dan SRWare Iron (Azrael, peminat SRWare Iron, jangan marah! heheh)..

Terdapat beberapa ciri-ciri yang Mr.Hac suka, tapi tak ketinggalan juga yang Mr.Hac kurang selesa..contohnya, pelayar Firefox memudahkan kita untuk blogwalking kerana apa yang sudah ditulis ada tersimpan dan kita cuma perlu klik sahaja..tapi memandangkan Comodo Dragon mengambil teknologi dari Chrome, maka sifatnya sama sahaja..untuk blogwalking kita terpaksa menaip semula..yang tak perlu ditaip hanyalah nama dan URL blog..

Namun tak banyak kelemahan yang Mr.Hac boleh katakan mengenainya..mungkin itu sahajalah kelemahan yang ada..yang lain? superb! buat masa ini web browser yang telah dipasang pada PC Mr.Hac ialah Lunascape, SRWare Iron, Firefox 4 dan ex-browser Mr.Hac iaitu Chrome..dengan adanya Comodo Dragon serta SRWare Iron, Mr.Hac boleh ucapkan selamat tinggal kepada Chrome yang telah banyak mencuri privasi dari penggunanya!

Comodo Dragon Mr.Hac gunakan untuk percubaan, SRWare Iron juga begitu..selepas beberapa minggu, Mr.Hac akan pilih yang terbaik untuk kekal berada dalam PC..kih kih kih..
Namun Lunascape KEKAL sebagai browser default, Firefox sebagai bahan eksperimentasi minda kronik Mr.Hac, dan yang lain-lain hanya digunakan untuk tujuan kajian (kelajuan, privasi dan sebagainya)..

Apa yang buat Mr.Hac teruja dengan Comodo Dragon? selain ia dicipta oleh pembangun perisian antivirus+internet security, sila lihat screenshot di bawah:



Jika anda pilih untuk menggunakan tetapan DNS Comodo Dragon, maka tetapan DNS anda akan ditukar, kepada DNS Comodo Dragon yang lebih selamat..tidak lupa juga Comodo Dragon tidak pernah crash lagi (setakat ini) dan menggunakan memori yang sedikit berbanding Chrome dan SRWare Iron..
apa tunggu lagi? cubalah hari ini! (macam iklan sabun basuh pinggan pulak)

P/S: Screenshot di bawah merupakan amaran pertama dari Comodo Secure DNS yang Mr.Hac terima tadi:




Apa komen anda?
pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?


Anda boleh muat turun pelayar Comodo Dragon di sini: Comodo Dragon Internet Browser



Powered by Blogger.