Silent Hackers Kembali Beroperasi

Assalamualaikum semua..atas permintaan dari Admin Forum Silent Hackers (SH), Mr.Hac post entry ini untuk membuat sedikit pengumuman bahawa Forum Silent Hackers sudah kembali beroperasi dengan jayanya..sebelum ini forum 'tenggelam' dengan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..forum tidak digodam atau diceroboh, cuma Mr.Hac difahamkan Admin mengalami masalah dengan server..pada waktu itu kesemua data yang berada di dalam database sudah tiada..jika anda pernah mendaftar di forum SH, anda perlu mendaftar semula supaya dapat memasuki forum dan dapat mula membuat post..

Pertama sekali, ketika masuk ke forum, anda akan berhadapan dengan 'Firewall Check' seperti gambar di bawah..apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada bahagian tengah-tengah paparan..



Kemudian, log masuk seperti biasa (setelah selesai mendaftar)..paparan seperti di bawah pula akan muncul (gambar di bawah hanya separuh paparan sahaja yang Mr.Hac ambil) :



Kalau ingin pelajari tips-tips mudah, anda boleh datang ke blog Mr.Hac ini..tetapi kalau inginkan tips dan teknik hacking yang lebih advance, Mr.Hac sarankan anda menimba ilmu dalam forum..di sana ramai yang jauh lebih hebat dan banyak ilmunya..tak rugi jika kita bermula dari bawah..Mr.Hac ucapkan selamat berforum kepada anda semua..semoga anda mendapat manfaat yang besar daripada kewujudan forum Silent Hackers Malaysia..


Anda boleh melayari laman forum pada pautan di bawah:

Klik di sini ---> Forum Silent Hackers Malaysia



Powered by Blogger.