SSH Alternatif Kepada VPN

Secure Shell (SSH), adalah protokol yang mengenkrip komunikasi antara komputer anda dan pelayan (server)..Enkripsi ini menghalang komunikasi dari dilihat atau diubah oleh pengendali rangkaian..SSH boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi untuk melindungi data..SSH adalah alternatif yang terbaik untuk VPN..


SSH adalah amat berguna untuk melepasi sekatan terhadap internet kerana ia mencipta satu 'terowong' (tunnel) yang dienkrip sepenuhnya. Perisian Penapis Internet atau firewall mungkin 'keberatan' untuk menyekat sambungan SSH sepenuhnya kerana ia juga digunakan untuk pelbagai tujuan selain daripada melepasi sekatan, sebagai contoh, ia digunakan oleh pentadbir sistem untuk mentadbir server mereka di Internet..(kebiasaannya port yang digunakan ialah port 22 dan 443, di mana masing-masing ialah port yang biasa digunakan untuk tujuan yang 'selamat'..sila rujuk List of TCP and UDP port numbers)

Jika anda ingin menggunakan SSH, anda memerlukan akaun pada mesin server, umumnya pelayan Unix atau Linux. Untuk melepasi sekatan firewall, server perlu mempunyai akses internet tanpa had (tanpa sekatan terhadap kebebasan internet) dan mempunyai kredibiliti yang dipercayai..

Anda boleh dapatkan akaun Shell beserta tutorial di sini : Tutorial Shellmix.com

Itu hanya sekadar contoh..anda boleh dapatkan lebih banyak akaun Shell
@ akaun SSH Tunneling di sini ---> Free Shell Account

dan di sini ---> Free Shell Account

Jika anda ingin memuat turun e-book yang berkaitan dengan SSH Tunneling, anda boleh layari pada pautan di berikut : SSH Tunneling

Jika anda ingin tahu kelebihan dan kekurangan SSH berbanding VPN,
anda boleh layari pautan berikut : SSH vs VPN

Bagaimana pula dengan anda? servis mana satukah pilihan dan kegemaran anda?



Powered by Blogger.