Tips Memilih Servis VPN Yang Sesuai Dengan Anda

Tips memilih servis VPN yang tepat dan sesuai dengan kehendak pengguna ini dibuat berdasarkan kepada situasi serta kehendak isu semasa..VPN bagi sesetengah orang mungkin merupakan tool yang paling sesuai dan paling tepat dalam menyelesaikan masalah ketika berada dalam talian contohnya melindungi IP dan data daripada penggodam serta melepas sekatan terhadap laman-laman web tertentu..






Terdapat senarai yang begitu banyak sekali tentang penyedia servis VPN dan anda perlu tahu apa yang terbaik dalam pasaran semasa..pelbagai kehendak serta perlbagai tujuan yang berbeza untuk setiap orang apabila ditanya mengapa memilih servis VPN..bagi yang tidak tahu lagi apa itu VPN, Mr.Hac akan menulis tentang VPN pada entry yang lain..
antara sebab mengapa orang membeli servis VPN ialah:


- Sesetengah orang menggunakan VPN untuk melepasi berbagai jenis firewall dan sekatan terhadap internet.

- Ada juga yang menggunakannya untuk melepasi sekatan TV online di negara luar yang hanya membenarkan IP dari rakyat tempatan sahaja melayari dan stream video pada laman web mereka seperti Hulu.com..(setakat ini Mr.Hac hanya menggunakan Ultrasruf dan ternyata berjaya menonton video di Hulu.com..)

- Sesetengah yang lain pula mahukan privasi dan menggunakan VPN sebagai langkah keselamatan untuk melindungi sambungan internet mereka dan menyembunyikan IP yang asal..


Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda dalam memilih servis VPN yang paling sesuai dengan kehendak anda:


1. Sila periksa terlebih dahulu lokasi pelayan yang disediakan (server location)..kerana anda mungkin memerlukan kebenaran menggunakannya di tempat yang berbeza.

2. Periksa kelajuan servis VPN tersebut..google kan ada? cari sahaja feedback dari pengguna yang sedia ada di blog-blog yang ada menulis tentangnya..

3. Kaji kaedah tetapan VPN yang anda mahu beli..ia sepatutnya tidak terlalu sukar atau terlalu panjang untuk golongan pemula sekalipun.

4. Periksa kebolehpercayaan perkhidmatan yang pastinya mencerminkan kestabilan sambungan dalam jangka masa panjang. Mendapatkan kelajuan tinggi, mudah untuk memasang VPN adalah tidak berguna sehingga ia dipercayai cukup untuk bekerjabagi tempoh masa yang lama!

5. Periksa had jalur lebar, iaitu trafik yang ditawarkan. Secara umumnya kebiasaan yang ditawarkan adalah 5-20 GB sebulan tetapi anda boleh mempunyai jalur lebar tanpa had dalam beberapa servis VPN premium jika anda suka.

6. Periksa sokongan teknikal dan kualiti perkhidmatan selepas jualan yang diberikan oleh pembekal VPN.

7. Pilih VPN yang mempunyai tahap koeselamatan protokol VPN yang tinggi seperti OpenVPN dan SSTP, yang menyediakan anda dengan enkripsi paling selamat dan maju.


Semoga tips-tips yang Mr.Hac nyatakan di atas dapat membantu anda..sampai kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang..salam hormat dari Hac!


Powered by Blogger.