Tutorial SSH Tunneling

Assalamualaikum semua..EKSKLUSIF!! hahaha..Mr.Hac rasa cukup seronok hari ni..sebab setelah puas google berjam-jam lamanya, dan setelah puas bertanya kepada sahabat-sahabat hackers dari luar negara seperti India dan U.S (tak lupa juga rakan hackers senegara), maka dapatlah Hac buat satu lagi tutorial untuk melayari internet tanpa sekatan dan juga dalam masa yang sama melayari internet secara anonymous! ya..sungguh Mr.Hac berasa sangat lelah, sangat penat, sangat mengantuk, sakit jari, sakit mata, semua ada..tapi demi anda semua, Hac kembali menaip di blog ini dengan satu tutorial cara membuat SSH Tunneling yang LENGKAP..

Sebelum ini, tutorial yang Hac tulis dah lengkap, cuma BELUM CUKUP lengkap lagi..oleh itu, mari kita sama-sama belajar dan kuasai bagaimana cara sebaiknya untuk melindungi privasi ketika dalam talian, dengan melayari internet secara anonymous, dan melepasi segala sekatan Websense, SKMM, mahupun perisian website blocking yang lain!


Gambar di bawah adalah satu senario menunjukkan bagaimana SSH Tunneling berfungsi melepasi firewall..






Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?

1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix

2. PuTTy - Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..


Cara Melakukannya:


1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet..haha..terpulang la!
cara mendaftar? lihat sini ---> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com..
cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit..kerana itu Hac katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain..jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!

2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh Mr.Hac dalam gambar dibawah..pada Host Name (or IP address), sila masukkan shellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)..boleh juga masukkan alamat IP shellmix.com..

Cara mendapatkan IP shellmix.com ialah pergi ke Start ---> Run ---> taipkan command/cmd
dan tekan Enter..
kemudian taipkan : ping shellmix.com

dah dapat IP? masukkan ke Host Name (or IP address)..




3. Dalam kotak Saved Sessions, masukkan nama yang anda inginkan..contohnya Mr.Hac namakan ia sebagai Freedom (Tribute to angeltech)..pada Host Name (or IP address), masukkan nama server SSH iaitu shellmix.com atau alamat IP nya seperti yang telah Mr.Hac bagi tahu tadi..gunakan default Port iaitu 22..sekiranya firewall di pejabat anda menyekat port 22, boleh juga digantikan dengan port 443 asalkan server SSH yang digunakan menyokong port ini..kemudian, klik Save..




4. Setelah itu, klik pada Connection dan sila ikut seperti tetapan di bawah (Seconds between keepalives ialah 60, klik pada Enable TCP_keepalives dan IPv4):




5. Klik pada SSH dan tukarkan tetapan anda seperti di bawah (2 only):




6. Klik pada Tunnels, dan tukarkan tetapan anda seperti di bawah (Source port 443, Dynamic dan IPv4):




7. Setelah anda klik Add, nombor seperti gambar di bawah akan muncul:




8. Ini ialah langkah yang PALING PENTING..anda perlu menyimpan tetapan ini supaya pada masa akan datang, anda tidak perlu lagi menetapkan semula kesemua tetapan tersebut..
(menjengkelkan kan kalau kena buat benda ni berulang-ulang? heheh..)

Klik pada Session, dan klik Save..




9. Selesai tetapan untuk PuTTy! daripada sini, langkah seterusnya ialah menguji sambungan SSH yang telah kita buat..


10. Klik pada Open atau klik dua kali pada perkataan Freedom (atau apa jua nama yang anda dah namakan, ok?)




Sila pastikan anda berjaya log masuk..sekiranya gagal, jangan teruskan langkah di bawah..log masuk sehingga berjaya..ok?

P/S: Kata laluan (password) memang tidak kelihatan..tapi teruskan menaip..jangan bimbang..dah habis menaip, terus tekan kekunci Enter..mesti ok!


Membuat tetapan untuk pelayar web (web browser)


1. Seperti biasa Hac gunakan Mozilla Firefox sebagai contoh..
pergi ke Tools ---> Options ---> Advanced ---> Network ---> Settings

Sila ikut seperti tetapan di bawah:




Menguji Seluruh Tetapan dan Keberkesanannya:


Sila pastikan anda telah menutup kedua-duanya iaitu PuTTy dan pelayar web anda (Firefox)..


1. Jalankan PuTTy terlebih dahulu dan klik dua kali pada Freedom (atau nama yang telah anda tetapkan sendiri)

2. Selepas anda berjaya log masuk, biarkan tetingkap PuTTy ini terbuka atau minimize ia tetapi jangan sekali-kali menutupnya.

3. Buka pelayar Firefox anda, dan cubalah membuka laman-laman yang telah disekat. sekiranya anda gagal, sila cuba sekali lagi atau periksa semua tetapan yang telah anda buat..selamat mencuba!


Mengapa melayari internet secara anonymous itu penting??
kerana dari IP lah segala-galanya bermula!


Seperti biasa, sekiranya anda sudah berjaya melayari internet tanpa masalah, sila periksa IP anda di sini ---> What Is My IP Address


Sekiranya alamat IP anda sudah bertukar/berubah, itu bermakna anda sudah berjaya dalam tutorial ini! Mr.Hac harap anda semua berjaya hendaknya!
sebarang masalah, sila maklumkan kepada Mr.Hac..


Update: Tutorial SSH Tunneling Versi II



Powered by Blogger.