Penggodam Menyebar Khabar Angin Kematian Ketua Taliban

Taliban telah menjadi mangsa penyebaran berita palsu yang mengatakan khabar angin bahawa pemimpin mereka, Mullah Omar telah meninggal dunia berikutan serangan jantung.

Mesej teks palsu kelihatan disebarkan dari telefon yang digunakan oleh jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dan Qari Yousuf telah digunakan untuk menyebarkan khabar angin itu.

Mesej tersebut:

Spiritual Leader Mullah Mohammad Omar Mujahid has died. May Allah bless his soul.



Mujahid menafikan khabar angin itu dalam satu temu bual dengan Reuters: "Ini adalah kerja-kerja perisikan Amerika, dan kami akan membalas dendam terhadap pembekal rangkaian telefon" katanya, sambil menambah bahawa laman web Taliban telah disekat sejak 14 Julai.

SMS yang dihantar akibat telefon bimbit digodam (Spoofed Text Message) tidak bergantung kepada kerjasama dengan pembekal perkhidmatan rangkaian telefon tetapi adakah Mujahid akan peduli untuk mendengar hal ini? Sementara itu, Mullah Mohammed Omar telah bersembunyi sejak Oktober 2001 apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat meletakkan ganjaran USD 10 Juta (RM31 Juta) ke atas penangkapannya.



Powered by Blogger.