Ping of Death : Cara Kerja

Apa itu Ping of Death? Ping of Death ialah satu bentuk serangan Denial-of-Service (DoS) yang melibatkan penghantaran Ping dalam bentuk berbahaya.


Biasanya Ping bersaiz 32 bait (bytes). Ping of Death digunakan untuk menghantar paket IP yang lebih besar daripada 65.536 bait yang dibenarkan oleh Protokol IP. Oleh itu dengan menghantar ping bersaiz seperti ini boleh menyebabkan crash kepada komputer sasaran.

Secara umumnya, kita tidak boleh menghantar paket bersaiz 65.536 bait. Tetapi melalui kaedah fragmentasi (pemecahan) kita boleh menghantarnya, kerana fragmentasi adalah salah satu ciri TCP / IP, ia membolehkan paket IP tunggal untuk dipecahkan kepada segmen yang lebih kecil. Jadi apabila kita menghantar paket yang lebih daripada 65.536 bait sistem operasi tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan ia akan 'beku', crash, atau reboot. Namun pada hari ini, semua sistem operasi yang baru dan sistem operasi lama dengan kemas kini yang sesuai tidak akan terjejas dengan isu ini.
Powered by Blogger.