Remaja Dituduh Atas Serangan Anonymous dan LulzSec

Seorang budak lelaki berusia 16 tahun ditangkap di London semalam di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer yang disyaki terlibat dalam serangan siber oleh kedua-dua kumpulan Anonymous dan LulzSec.

Beliau telah ditangkap di selatan London dan masih dalam tahanan di pusat balai polis London.


Gambar Hiasan


Unit pakar jenayah siber Scotland Yard bertindak dalam kerjasama dengan FBI, menahan 16 orang semalam.

Kesemua kecuali dua suspek rakyat Amerika telah didakwa kerana terlibat dalam serangan Penafian Perkhidmatan (Denial-of-Service attack) di laman web PayPal pada awal Disember, yang dilancarkan oleh Anonymous selepas firma pembayaran dalam talian menggantung akaun Wikileaks yang digunakan untuk mengutip derma dari orang awam.

14, termasuk 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 dan 42 tahun, ditahan di Alabama, Arizona, California, Colorado, District of Columbia, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio.

Anonymous, yang menggelar diri mereka sebagai Hacktivist, melihat penggantungan itu sebagai satu serangan ke atas kebebasan internet dan PayPal disasarkan sebagai sebahagian daripada 'Operasi pembalasan dendam Assange' (Operation Avenge Assange). Mereka menggunakan perisian yang dipanggil Low Orbit Ion Cannon dan 'mengebom' laman web dengan trafik yang luar biasa dalam usaha untuk mengatasi pelayan (server) dan memaksa ia offline.

Tangkapan FBI adalah yang pertama di Amerika Syarikat sejak siasatan antarabangsa Anonymous dilancarkan pada tahun lepas. Siasatan telah diperluaskan kepada LulzSec, kumpulan politik yang lebih kecil dan kurang menyerlah; merupakan pecahan daripada Anonymous pada sejak April memulakan serangan siber besar-besaran dua bulan ke atas organisasi termasuk CIA dan SOCA.


Gambar Hiasan


Lebih daripada 60 orang yang didakwa dikaitkan dengan salah satu atau kedua-dua kumpulan ini kini telah ditahan di seluruh dunia, termasuk lapan di Britain. Scotland Yard's Police Central e-Crime Unit sebelum ini menahan lima individu pada bulan Januari, satu pada bulan April dan satu pada bulan Jun.

Dengan 14 tangkapan Anonymous pada hari ini, agen-agen persekutuan AS menahan seorang lelaki atas penglibatan serangan LulzSec di laman web keselamatan yang dikaitkan dengan FBI. Scott Matthew Arciszewski, 21, dituduh menggodam ke dalam laman web Tampa Bay InfraGard pada 21 Jun.

Beliau didakwa memuat naik tiga fail, mengiklankan pencerobohan di Twitter dan mengarahkan/menghalakan pelawat ke laman web yang berasingan mengandungi arahan tentang bagaimana untuk mengeksploitasi laman web Tampa InfraGard.

Pada masa yang LulzSec mengeluarkan kenyataan mendakwa ia dilakukan untuk mendedahkan penyelewengan oleh elemen industri keselamatan. Difahamkan bahawa Scotland Yard juga akan bercakap kepada remaja berusia 16 tahun yang ditangkap di London mengenai serangan ke atas InfraGard.

Pada akhir bulan Jun, selepas penangkapan anggota lain di Britain, LulzSec mengumumkan bahawa ia akan dibubar. Kumpulan ini walau bagaimanapun muncul kembali minggu ini, menuntut 'kredit' untuk menggodam laman web akhbar The Sun dan menerbitkan berita palsu mendakwa Rupert Murdoch telah mati.

Suspek Amerika Syarikat terakhir, Lance Moore yang berusia 21 tahun, dituduh atas kesalahan mencuri maklumat sulit mengenai pelan rangkaian mudah alih 4G dari syarikat gergasi telekomunikasi AT & T dan menyerahkan ia kepada Anonymous.


Powered by Blogger.