Sedikit Panduan Kepada Pemula

Salam semua. Kali ini Mr.Hac akan membincangkan serba sedikit panduan kepada para pemula (newbie) yang berminat dalam bidang hacking. Perlulah diketahui bahawa sebelum membaca atau mempelajari apa-apa tips, teknik ataupun trik, anda perlu tahu ada satu istilah yang disebut sebagai 'Hackers Mindset'. Anda boleh merujuk di sini untuk membaca serba sedikit mengenainya.






Kepada mereka yang ingin memulakan langkah untuk mempelajari 'seni' hacking, berikut Mr.Hac senaraikan beberapa panduan untuk anda.

  •  Jangan sesekali percaya kepada laman web yang mengenakan bayaran untuk perisian yang kononnya dapat menggodam atau sesiapa sahaja yang mendakwa akan membantu anda menggodam mana-mana e-mel yang anda mahu asalkan mereka dibayar. Anda berkemungkinan besar ditipu.
  • Setakat ini TIADA perisian yang dapat menggodam e-mel apatah lagi akaun FACEBOOK secara terus (direct) walaupun Chinaman Facebook Hacker mendakwa perisian/tools dari mereka boleh melakukannya, integriti perisian tersebut boleh diragui kerana Admin blog Chinaman Facebook Hacker memuat naik perisiannya ke dalam akaun Sharecash. Jika beliau takut perisian itu akan diedarkan secara tidak sah (leech) di akaun perkongsian fail yang lain, beliau sepatutnya mengenakan bayaran dan memberikan pautan muat turun hanya selepas bayaran dibuat. Tetapi dengan memuat naik ia ke Sharecash, biarpun terdapat 'survey' yang perlu dibuat sebelum dihalakan ke halaman pautan muat turun, ia dapat di-bypass dengan beberapa cara dan akhirnya perisian itu tetap dapat dimuat turun dan diedarkan secara tidak sah. Kemungkinan ia telah digabungkan bersama dengan trojan/keylogger adalah tinggi!
  • Sebaik-baiknya jangan gunakan perisian public/home keylogger yang diberikan secara percuma di mana-mana blog atau laman web. Kebiasaannya mereka yang mengedarkan perisian itu berniat jahat dengan menggabungkan (compile) perisian keylogger yang anda muat turun dengan perisian keylogger yang lain. Bahaya menanti anda.
  • Seboleh-bolehnya carilah masa untuk mempelajari pengaturcaraan (programming). Anda perlu ingat, sebuah perisian yang bagus tercipta oleh seorang pengaturcara yang hebat. Tetapi seorang pengaturcara yang hebat, tidak terhasil dari perisian yang bagus itu! Jika anda tidak mahu mempelajari pengaturcaraan, maka kebolehan anda akan terhad kepada kebolehan perisian yang anda gunakan.
  • Bersabarlah kerana ilmu itu tidak datang sekaligus dan anda boleh terus menjadi pandai. Tidak. Anda perlu berusaha mempelajari dan memahami setiap ilmu mengenai komputer dari asas sehingga lanjutan secara perlahan-lahan. Bak kata pepatah dalam filem Nur Kasih The Movie, "Empayar Rom tidak terbina dalam masa sehari!".. Ahaha! ^^


Fahamilah, penggodam itu bukanlah mereka rajin menggodam Facebook atau laman web, tetapi penggodam itu adalah mereka yang sangat mahir dalam ilmu komputer baik pengaturcaraan mahupun sekuriti (keselamatan). Sampai kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya, InsyaAllah.



Powered by Blogger.