Mengatasi Masalah Kemaskini Versi Firefox Dalam Ubuntu

Pernahkah anda (yang menggunakan Ubuntu) mengalami masalah untuk mengemaskini versi Firefox? Pelbagai cara telah dicuba seperti melalui terminal dengan sumber yang sah lagi diyakini iaitu PPA (Personal Package Archive, thanks to fikri.my), atau melalui Ubuntu Software Center tetapi semuanya menjadi jalan buntu apabila versinya masih sama, tidak berubah. Pernahkah anda mengalaminya?
Untuk mengetahui kenapa, rujuk -> maketecheasier.com
Tapi bagaimana pula jika anda menggunakan versi Ubuntu terkini, yang sepatutnya digandingkan bersama versi Firefox terkini, agak menjengkelkan bukan apabila anda masih lagi 'tersangkut' pada versi lama..

Jangan dilema! Jom tengok cara Mr.Hac mengatasi masalah ini dengan mudah. Cara Mr.Hac ni tak perlu banyak bermain dengan Terminal. Cukup sekadar buka sekali sahaja. Oh.. Ok.. Sebelum terlupa, buat sesiapa yang masih belum mencuba Ubuntu, atau buat mereka yang masih tertanya-tanya apa itu Ubuntu, anda boleh baca entri Mr.Hac tentang Ubuntu di sini -> Apa Itu Ubuntu?


Mengatasi Masalah Kemaskini Versi Firefox Dalam Ubuntu

1. Pertama sekali, muat turun fail Firefox versi terkini di sini -> mozilla.org

2. Klik kanan pada fail firefox-6.0.tar.bz2, pilih Extract Here dan akan terlihat satu folder berjudul 'firefox'. Namakan semula (rename) ia kepada firefox-6.0
Sebelum Mr.Hac terlupa, anda hanya akan dapat memuat turun fail Firefox versi tar.bz2 hanya apabila anda berada dalam Ubuntu. Kalau anda berada dalam Windows, tak pasti pula bagaimana caranya.
Boleh Google lah kalau rajin!

3. Buka Terminal, taipkan baris perintah sudo nautilus untuk membuka file browser anda dengan keintiman 'keistimewaan' root atau 'super user' dan masukkan kata laluan apabila diminta. Dalam Windows, root juga dikenali sebagai 'Administrator'. Anda mahu Terminal anda kelihatan Transparent seperti di bawah?
Rujuk -> Modifikasi : Jadikan Terminal Ubuntu Anda Transparent


4. Salin folder firefox-6.0 tadi ke dalam direktori File System -> usr -> lib

5. Buka folder firefox-6.0 dan cari satu fail bernama 'firefox'. Klik kanan padanya dan pilih 'Make Link'. Ia akan mencipta satu fail pintas dengan nama 'Link to firefox'.

6. Potong dan tampal (cut and paste) fail ini ke dalam direktori File System -> usr -> bin

7. Terdapat satu fail dengan nama 'firefox'. Namakan semula ia kepada 'firefox-old'. Sekiranya tiada, biarkan.

8. Selepas itu, namakan semula fail 'Link to firefox' kepada 'firefox'.

9. Tutup semua tetingkap yang berkaitan dengan Firefox. Cuba buka semula Firefox anda. Wal-lah! Sudah update!

10. Cuba lakukan navigasi ke laman-laman web yang digemari. Sekiranya tiada masalah, maka anda boleh terus gunakan Firefox versi terkini anda itu!

ATAU

Anda boleh cuba dengan cara menempatkan folder firefox-6.0.tar.bz2 ke dalam 'Home Folder' anda, salin dan tampal baris perintah berikut ke dalam Terminal, tekan Enter lalu masukkan kata laluan apabila diminta:

if [[ ! -f /usr/bin/firefox ]]; then sudo apt-get update && sudo apt-get install firefox; fi && if [[ -e ~/.mozilla ]]; then cp -R ~/.mozilla ~/.mozilla.backup; fi && sudo tar -jxvf firefox-6.0.tar.bz2 -C /opt && rm firefox-6.0.tar.bz2 && sudo mv /opt/firefox/plugins /opt/firefox/plugins.backup && sudo ln -s /usr/lib/xulrunner-addons/plugins /opt/firefox/plugins && sudo dpkg-divert --divert /usr/bin/firefox.ubuntu --rename /usr/bin/firefox && sudo ln -s /opt/firefox/firefox /usr/bin/firefox

Cara yang ini Mr.Hac belum pernah cuba lagi kerana cara yang pertama dah cukup sempurna! Kalau nak cuba juga boleh rujuk -> yomahol.blogspot.com
Nampak tak dalam baris perintah tu ada nombor versi Firefox (6.0), maka untuk mengemaskini versi seterusnya hanya perlu tukarkan nombor versi itu dengan syarat anda perlu memuat turun fail versi terkini terlebih dahulu. Jika anda mahu mencuba nasib, anda boleh cuba kemaskini versi Firefox kepada yang terkini melalui 'Update Manager', melalui Terminal atau boleh juga melalui Ubuntu Software Center. Apabila semua cara menemui jalan buntu, maka eloklah ikut cara Mr.Hac ni. Ok.. Good luck! Selamat mencuba!
Powered by Blogger.