Pasang Kernel Linux 3.0.2 Pada Ubuntu

Mr.Hac dapat tahu Kernel untuk Linux versi terbaru iaitu 3.0.2 (stable release) telah pun siap untuk dimuat turun. Apa itu Kernel? Nantilah dalam entri yang lain Mr.Hac akan cuba cerita sikit-sikit tentang Kernel dan Linux amnya.


Rujuk -> Softpedia untuk membaca apa penambahbaikan pada Kernel versi ini

Rujuk > Kernel Index untuk melihat kesemua senarai Kernel

Muat Turun -> Kernel 3.0.2 Oneiric

Mr.Hac telah mencuba sendiri Kernel terbaru ini pada Ubuntu 11.04, dan apa yang boleh Mr.Hac katakan ialah ia lebih pantas, lebih smooth, dan menjimatkan penggunaan elektrik (bateri).


Cara Pasang Kernel Linux 3.0.2 Pada Ubuntu

Untuk Pengguna 32-bit

linux-headers_all.deb

linux-headers-generic_i386.deb

linux-image-generic_i386.deb

Untuk Pengguna 64-bit

linux-headers_all.deb

linux-headers-generic_amd64

linux-image-generic_amd64

Sebelum memasang Kernel ini, sila pastikan ia berada di dalam direktori Home/Nama PC Anda
Sebagai contoh jika nama PC Mr.Hac ialah putra, maka fail-fail di atas
harus berada dalam direktori Home/putra <- Wajib ni. Mr.Hac dah cuba pasang secara bersepah-sepah, sekejap di desktop, sekejap dalam folder 'Downloads', memang tak berjaya. Tak perlu letak dalam folder, tapi biarkan ia 'bersepah' dalam direktori Home/Nama PC Anda itu.

Kemudian buka Terminal, taipkan baris perintah di bawah:

sudo dpkg -i 'nama fail yang ingin dipasang'

Contoh:

sudo dpkg -i linux-headers-3.0.2-030002_3.0.2-030002.201108161204_all.deb

Pasang mengikut susunan yang telah Mr.Hac aturkan di atas. Setelah selesai, Restart PC anda dan anda akan dapat melihat Kernel baru tersebut siap untuk digunakan. Jika anda mahu membersihkan Kernel yang lama setelah berpuas hati dengan Kernel versi terbaru ini, anda boleh gunakan Ubuntu-Tweak.
Rujuk -> Deensokmo

Anda boleh menyemak kembali versi Kernel yang sedang anda gunakan dengan menaip baris perintah berikut dalam Terminal:

uname -r

P/S: Sebarang kekurangan dalam entri ini haraplah dimaafkan.

Tengok versi Kernel Mr.Hac yang telah dikemaskini. Jangan jaki ya.. hehe..




UPDATE: Kernel versi 3.0.3 stable release sudah keluar! yeah!

Seperkara lagi, JANGAN sesekali pasang KERNEL BARU jika anda telah pernah memasang pemacu tambahan (Proprietary Drivers). Jika pernah, sila nyahpasang terlebih dahulu (Uninstall), kemudian barulah anda pasang kernel baru tersebut.
Powered by Blogger.