Pemain Video Terbaik Untuk Ubuntu

Anda tidak puas dengan fungsi pemain video lalai (default video/movie player) dalam Ubuntu?
Mahukan pemain pelbagai fungsi, serta menyokong lebih banyak codec tanpa perlu memuat turun codecnya melalui internet? Ya.. Mr.Hac ada jawapan untuk soalan itu..

Namun sila ambil perhatian bahawa ini merupakan pendapat peribadi Mr.Hac. Ini bukan 'universal opinion' atau pendapat kebanyakan orang. Kerana Mr.Hac telah pun membuat kajian dan pemerhatian sendiri, dalam pelbagai blog, tak lupa juga forum, tidak ada satu pun yang menyebut UMPlayer adalah yang terbaik!

Mr.Hac telah menggunakan UMPlayer sejak dari dalam Windows lagi dan boleh dikatakan ia sememangnya terbaik! Kerana apa? Kerana ia bersaiz kompak, padat dengan codec yang menyokong pelbagai jenis format video, malahan pemain video lalai Ubuntu, Totem Movie Player juga kadangkala perlu memuat turun codec dari internet untuk memainkan video yang mempunyai codec yang 'aneh'. Tetapi UMPlayer dapat memainkannya dengan cemerlang tanpa perlukan codec tambahan.


Selain itu ia juga akan 'mengingati' apa yang telah dimainkan oleh anda. Sekiranya anda tertutup secara tidak sengaja, anda cuma perlu buka kembali. Ia akan mengingati masa video tersebut dimainkan, sarikatanya, had bunyi (volume) dan lain-lain lagi! Tak cukup dengan itu, ia sangat pantas. Maka ia amat sesuai dijadikan pemain video lalai dalam Ubuntu menggantikan Totem Movie Player.

Untuk memuat turun UMPlayer, klik di sini -> UMPlayer For Ubuntu/Debian

Anda hanya perlu klik dua kali pada fail .deb dan ia akan dipasang oleh Ubuntu Software Center.
Cubalah dan berikan pendapat anda pula!

P/S: Dalam entri ini Mr.Hac mampu berikan ulasan satu pemain video sahaja. Kalau buat banyak-banyak nanti hilang tumpuan pula! Jangan nyahpasang (uninstall) Totem Movie Player kerana mungkin ada sesetengah video yang tidak dapat dimainkan dengan baik oleh UMPlayer, sebaliknya pula yang berlaku kepada Totem Movie Player! Biarkan kedua-duanya ada dalam komputer anda, itu lebih baik. Sekurang-kurangnya anda ada alternatif apabila salah satu nanti 'buat hal'.
Powered by Blogger.