Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent

Bismillahirrahmanirrahim..

Adakah anda 'kaki Torrent'? Terlebih dahulu biarlah Mr.Hac kenalkan dengan beberapa istilah yang ada dalam 'arena' Torrent. Mr.Hac akan terangkan secara ringkas mengikut pemahaman Mr.Hac sendiri, so.. keep on reading guys..


Apa Itu BitTorrent?

Kerap dikenali sebagai 'BT', ialah satu protokol sambungan internet yang membolehkan pengguna memuat turun fail dengan lebih pantas dan efisien.

Torrent: Sejenis fail metadata, iaitu fail yang mengandungi kesemua maklumat tentang data yang akan dimuat turun.

Seed/Seeder: Mesin (komputer) yang mempunyai fail yang lengkap. Contohnya jika anda sudah selesai memuat turun satu fail, anda biarkan klien Torrent anda kekal terbuka. Selepas itu ia akan mula memuat naik kembali data fail tadi, oleh itu anda adalah Seeder. Ini adalah perkongsian yang baik kerana anda membantu orang lain untuk memperolehi fail yang sama. Anda ibarat satu sumber kepada para pengguna yang lain untuk memperolehi fail yang telah lengkap.

Tracker: Mesin (komputer) yang digunakan oleh BitTorrent untuk mengenalpasti dan menjejak Peers.

Peer: Peers ialah mesin (komputer) yang masing-masing mempunyai fail tetapi dalam keadaan tidak lengkap. Fail tersebut ibarat dalam bentuk pecahan 'puzzle', setiap peer akan berkongsi/bertukar fail yang dimiliki dengan Peers yang lain untuk 'melengkapkan pecahan puzzle' tersebut dengan menggunakan klien Torrent masing-masing.

Lebih banyak istilah untuk difahami oleh anda di sini -> BitTorrent FAQ and Guide

Kenapa Pilih Torrent?

BitTorrent menyelesaikan masalah muat turun yang lambat, dan kadangkala tersekat di pertengahan jalan. Ini kerana setiap orang yang memuat turun fail telah memuat turun dari SATU SUMBER yang sama. Apabila terdapat terlalu ramai yang ingin memuat turun, pelayan akan melakukan kerja yang lebih dan ini boleh membawa kepada 'crash'.

BitTorrent menyelesaikan masalah ini dengan menukarkan setiap pemuat turun kepada SUMBER (Seeds). Dengan cara ini, perkongsian fail menjadi lebih pintar dan pantas kerana apabila terdapat ramai pemuat turun (Peers) yang terlibat, maka kelajuan muat turun juga akan bertambah (secara teorinya, walaupun belum begitu tepat).

Ianya ibarat Seeds memberikan kepada setiap seorang pemuat turun satu pecahan 'puzzle'. Setiap pemuat turun yang telah mendapat satu pecahan ini akan menjadi Peer. Setiap Peer adalah SUMBER dan memberikan/berkongsi pecahan fail yang diperolehi dengan para pemuat turun yang lain, sehinggalah pecahan tersebut menjadi satu fail yang lengkap, lalu Peers bertukar menjadi Seeds.

Download Torrent File -> Seeds -> Downloaders -> Peers -> Tracker -> Provide 'puzzle' file to other Peers when introduced by Tracker -> Complete File -> Become Seed

(Carta alir ni Mr.Hac tulis sendiri.. so buat-buat paham la kalau tak paham.. hehe..)

Jika anda perhatikan kepada carta alir di atas, tidak hairanlah protokol BitTorrent dipanggil sebagai
'Peer-to-Peer' atau 'P2P' File Sharing.

Untuk entri akan datang, InsyaAllah Mr.Hac akan berkongsi tips memilih fail Torrent yang pantas, dan klien Torrent kegemaran Mr.Hac.
Powered by Blogger.