Cool Tricks Pada Windows 7


Windows 7 telah memonopoli sebahagian besar pengguna komputer di seluruh dunia pada ketika ini.Mungkin ada sesetengah pengguna yang tidak tahu ada "triks tersembunyi" pada Windows 7.
Kebanyakkan pengguna memanggil ia sebagai "God Mode".

God Mode ialah suatu folder yang sengaja disembunyikan oleh pihak Microsoft kerana sebab-sebab tertentu.Fungsi God Mode ini ialah membenarkan pengguna menukar dan mengubah keseluruhan tetapan Windows 7 dalam hanya satu folder.Kalau tidak faham Analyzer terangkan sikit.

Contohnya sebelum ini anda hendak menukar password Windows anda,anda perlu klik pada butang start,control panel dan user account.Tapi jika pada God Mode ini anda hanya perlu klik pad folder God Mode dan pilih terus "Change Windows Password".Mudahkan?

Caranya begini.

1.Buat satu folder pada desktop.

2. Salin perkataan ini  GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}


3. Namakan semula folder itu tadi kepada nama kod diatas.


4. jika folder itu tadi akan bertukar icon kepada gambar dibawah,maknanya anda berjaya.jika
tidak,ajukan pertayaan anda pada komen dibawah.



Klik pada folder seperti ikon diatas dan lihat sendiri apa itu God Mode.Untuk maklumat semua,triks ini hanya berjaya pada Windows 7 sahaja.Ada sesetengah forum menyatakan bahawa Windows Vista juga berjaya.Akan tetapi hanya pada Windows Vista 32bit sahaja.Jikalau dibuat pada Windows Vista 64bit,ia mampu untuk "Crash" dan lebih teruk lagi Bluescreen.Ini terjadi kerana kebayakkan pengguna mengatakan Windows Vista adalah sistem pengoperasian yang tidak stabil dan ada yang mengatakan Windows Vista ialah sistem pengoperasian yang gagal bagi Microsoft.

Powered by Blogger.