Download Official Windows 8 Developer Preview ISO

Cemburu betul melihat rakan blog, Eins yang dapat mengemaskini blognya dengan kerap. Kali ini barulah Mr.Hac ada masa lapang untuk menulis. Itupun dapat sedikit semangat setelah lama tak menulis. Entri ini juga Mr.Hac dapat dari Eins, so credits to you bro.

Dah lama juga rasanya Mr.Hac tak menulis pasal Windows. Jadi kali entri kali ini ibarat 'pintu' kepada Windows semula, yang mana agak lama juga Mr.Hac 'tinggalkan', hanya untuk kerja-kerja pejabat sahaja. Itupun Windows XP Dark Edition. Melihat kepada Windows 8 ini, Mr.Hac tergerak hati untuk mencuba. Malangnya meskipun fail ISO sudah berhasil dimuat turun, namun masa yang Mr.Hac ada agak terbatas, lalu niat untuk mencubanya terbatal begitu saja. Pada e-mel yang belum berjawab, pada blog yang belum dimasukkan ke dalam ruangan 'Exchange Link', maaf. Nanti Mr.Hac rearrange ok!


Menurut Windows Dev Center, Windows 8 Developer Preview ini mengandungi beberapa perisian pra-lepasan (yang boleh ditukarkan tanpa sebarang notis). Terdapat 3 versi untuk Windows 8 Developer Preview, oleh itu sila muat turun mengikut kesesuaian. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun. Jangan bimbang. Kelajuan pelayannnya amat stabil dan tinggi. Pada mereka yang dah mencuba, jangan lupa mengulas pada ruangan komen di bawah ok!

Windows 8 Developer Preview (64-bit) With Developer Tools

Windows 8 Developer Preview (64-bit) Without The Developer Tools

Windows 8 Developer Preview (32-bit)
Powered by Blogger.