Halalscape : Pelayar Web Islamik Yang Selamat

Mr.Hac mendapat maklumat mengenai Halalscape dari seorang pembaca dan tergerak hati untuk mencuba dan membuat ulasan mengenainya. Pelayar web berasaskan Firefox ini dikatakan berciri Islamik yang pertama di dunia.


Ia mempunyai Parental Control terbina dalaman dan dikatakan mampu menyekat laman-laman web yang mempunyai kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang terlupa akan dosa! Hahah! Orang dewasa pun kadang-kadang kena ada 'parental control' juga kan!

Ini bukan sahaja bererti laman-laman lucah, tetapi juga laman-laman yang mengandungi Malware. Mr.Hac telah mencuba untuk memuat turun Firesheep dari pelayar web ini, namun ia telah terlebih dahulu menyekat akses Mr.Hac kepada laman pembangun Addon itu.


Untuk sesiapa yang berminat, laman pembangunnya ada menyediakan Addon 'Muslim prayer times' beserta AZAN yang boleh ditambah dengan cara memuat turun, dan tak lupa juga Addon 'Islamic calendar'. Jangan lupa, Addon ini boleh digunakan pada pelayar Firefox! Tak percaya, lihat screenshot di bawah, yang mana Mr.Hac telah mencuba Addon tersebut pada pelayar Firefox:



Meskipun begitu, pembangun Halalscape sepatutnya melihat kepada beberapa aspek yang penting, selain dari ciri-ciri Islamik yang dipertingkatkan, versi pelayar juga perlu dikemaskini. Lihat screenshot berikut:


Mozilla 1.9?? Mengapa begitu 'outdated' sekali??
Aduh. Inilah antara sebab mengapa Mr.Hac tidak mahu beralih dari pelayar lalai yang digunakan sekarang iaitu Mozilla Firefox 6.0.2 (Linux Mint).


Selain itu juga, Halalscape tiada ciri-ciri terbaru Firefox termasuklah kelajuan yang telah dipertingkatkan, paparan antaramuka yang lebih moden dan tab Menu di sebelah kiri seperti versi terbaharu. Ini mengurangkan lagi wibawa pelayar tersebut serta menyebabkan kurangnya minat pada mereka yang mahu mencuba pelayar Islamik. Anda juga boleh lihat pada gambar-gambar di atas, pelayar ini hanya dapat dipasang pada sistem operasi Winblows Windows. Untuk Linux? Mungkin jauh lagi 'perjalanan' pelayar web ini. Meskipun begitu, jika anda mahu merasai sendiri paparan antaramukanya, kelajuannya, serta ciri-ciri Islamik yang diperkatakan, sila klik pada pautan di bawah:

Klik -> Halalscape

Powered by Blogger.