Kenapa Linux Jauh Lebih Bagus?

Pada ketika mula-mula menaip entri ini, sebenarnya agak 'seram' nak menyampaikan sesuatu mengenai Linux, kerana ia bukan sistem operasi 'anak-anakan'. Ia adalah sistem operasi dari komuniti seantero dunia yang mahukan kebebasan, bermakna sebaik-baik penyampaian adalah dengan cara berhemah dan ilmiah. Memang, Mr.Hac akan cuba menyampaikan dengan 'seilmiah' mungkin. Cuma sebarang kekurangan dalam penulisan dangkal ini, haraplah dimaafkan. Ada juga yang meminta untuk ulasan (review) sistem operasi lain seperti Fedora, Backbox dan Mac OS X. Percayalah, Mr.Hac juga sangat ingin mencuba kesemuanya namun belum berkesempatan!

Mr.Hac telah pun melakukan beberapa pembacaan yang agresif sebelum menulis entri ini. Kebanyakan penulisan mengenai Linux amnya dan Ubuntu khususnya, Mr.Hac lihat agak banyak menyinggung perasaan para pengguna sistem operasi Windows (khususnya). Namun jika dilihat dari satu sudut 'positif', pengguna Windows adalah mewakili MAJORITI pengguna sistem operasi di dunia. Tidak hairanlah jika suara mereka kerapkali kedengaran lebih lantang menghentam Linux, walaupun penulisan mengenai 'kenapa Linux lebih bagus berbanding Windows' adalah tidak seberapa jumlahnya (ye ke tak seberapa? ntah! haha!). Lihat statistik di bawah:


Itu adalah statistik pelawat blog ini. Pokoknya, ramai kan pengguna Windows? Oleh itu Mr.Hac berharap para pengguna Windows TIDAK BERKECIL HATI dengan entri ini, tetapi menganggap ia sebagai satu pendapat peribadi dari Mr.Hac (walaupun sebenarnya semua pengguna Linux mengatakan perkara yang sama..)

Panjang tak intro? Heh.. Berbalik kepada tajuk, jika ada yang bertanya kepada Mr.Hac, buntu hendak mula dari yang mana satu. Cuba kita telusuri satu demi satu point di bawah..

Benarkah Linux Kebal Dari Virus?

Susah nak cakap ni. Bagi mereka yang suka 'jump to the conclusion', memang akan cepat-cepat kata 'betul!'. Ya. Memang betul. CUMA bukan tiada virus yang pernah ditulis untuk sistem operasi Linux. ADA. Tetapi peratus peluang untuk ia dapat dijalankan adalah berada dalam julat yang sangat-sangat-sangat kecil. Jika sebentar lagi satu virus untuk Linux telah berjaya ditulis dan dicipta, ia hanya memerlukan masa selama beberapa jam atau paling lama beberapa hari sahaja untuk dihapuskan, kerana disebabkan Linux, sebagai contoh Ubuntu, adalah sistem operasi yang disokong oleh komuniti, maka tampalan (patch), pengemaskinian sekuriti (security update) adalah menjadi sangat-sangat pantas. Tambahan pula Linux mempunyai Kernel, yang 'memerhati' dari setiap sudut. Adalah sangat sukar sesuatu virus untuk dapat dijalankan dalam Linux! Kerana itu ia sering digelar bebas virus!
Benar bagai dikata : 6 years of Ubuntu, 13 versions released, 0 worries!

RUJUK:

1. Technews.in

2. SecurityFocus

3. Free Republic

4. Sina Salek

5. Yahoo! Answers

Sistem Linux Adalah Lebih Pintar Dan Lebih Maju

Cuba lihat komputer yang dipasang dengan sistem operasi Windows, apakah yang perlu kerapkali penggunanya lakukan?

1. Mencari perisian antivirus terbaik. Sudahlah begitu, yang 'cracked' pula. Selamat ke?

2. Mengimbas cakera keras dari ralat (error) sekurang-kurangnya sebulan sekali.

3. Melakukan defragment kepada cakera keras sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau lebih kerap mengikut kekerapan penggunaan komputer.

4. Melakukan registry defrag dan mengimbas registry untuk sebarang ralat.

5. Melakukan 'full tweaking' ---> untuk kaki-kaki game dan internet berkelajuan tinggi

6. Komputer lama dengan spesifikasi rendah kini tidak mampu lagi 'hidup' dengan Windows 7. Spesifikasi untuk Windows 7 adalah tinggi yang mana selain graphic card, sesebuah komputer memerlukan sekurang-kurangnya 1GB RAM.

7. Mencari perisian-perisian crack untuk melakukan kesemua kerja di atas!

Apa? Baru terasa betapa banyaknya 'kerja' anda selama ini? Windows ibarat rumah tanpa orang gaji, semua kerja kena buat sendiri manakala Linux adalah sistem operasi yang sudah tersedia semuanya. Semua ini bukan lagi satu masalah jika anda mencuba Linux, kerana anda tidak perlu menjaga registry, defrag cakera keras, cari perisian 'cracked', dan lain-lain lagi lah! Nak tahu kenapa? Ambil contoh kenapa Linux tidak perlukan disk defragment, RUJUK -> OneAndOneIs2

Jika anda selalu menggunakan Revo Uninstaller, maka anda akan faham bahawa penyahpasang lalai (default uninstaller) yang berada dalam control panel itu tidak membuang registry serta fail-fail yang tertinggal semasa menyahpasang sesuatu program atau perisian. Tidak hairanlah jika registry boleh jadi berserabut dan penuh dengan ralat.

Linux Bosan, Tak Boleh Main Game?

Ni baru betul kenyataan dangkal. Siapa kata ni? Dengan adanya Wine, PlayonLinux, Crossover (Pro), bermain permainan (game) bukan lagi satu perkara yang mustahil. Jika anda berkata pada waktu mula-mula Linux dilancarkan, maka perkara ini memanglah benar. Tetapi sekarang sudah semakin ramai pembangun bebas yang giat mencipta permainan baharu untuk Linux. Mr.Hac sedang bermain Hedgewars, dan beberapa permainan lain dalam Ubuntu. Anda bila lagi?

Komputer Dengan Sistem Operasi Linux Sentiasa Laju

Mudah sahaja, disebabkan tiada registry yang berserabut dan penuh dengan ralat-ralat, tiada bahagian dalam cakera yang perlukan kepada defrag (penyusunan) kerana ia telah 'disusun' dengan teratur sejak dari mula digunakan lagi, kerana itulah komputer dengan sistem operasi Linux akan sentiasa laju, bagaikan baru lepas format! <--- Best kan?

Sentiasa Menerima Pembaharuan Ke Arah Kesempurnaan

Meskipun tiada dalam dunia ini bersifat sempurna kerana yang sempurna hanya Dia (ayat orang baru balik Al-Azhar), bagi Mr.Hac menggunakan Ubuntu menyebabkan anda akan sentiasa berasa bersama-sama dengan seluruh komunitinya kerana Ubuntu akan dikemaskini setiap 6 bulan. Ubuntu is driven for perfection! RUJUK -> Apa Itu Ubuntu?

Ubuntu Untuk Semua, Bukan Hackers Sahaja!

Memang kelakar la kenyataan ni. Kalau anda rasa anda bukan geek ataupun hackers, tak perlu bimbang untuk mencuba Ubuntu! Ia bukan direka untuk menyusahkan, bahkan ia direka untuk membantu kerja-kerja seharian anda, sama ada untuk pejabat mahupun menonton video atau mendengar lagu! Jangan takut untuk mencuba Terminal (dalam Windows Terminal bolehlah 'disamakan' dengan Command Prompt walau hakikatnya tak sama) kerana tak susah pun untuk menggunakannya. Hanya perlu rajin Google setiap persoalan, setiap apa yang anda mahu tahu, semua sudah tersedia.
Ubuntu dah 6 tahun kan? Agak-agak berapa ribu artikel mengenai Ubuntu ya?
RUJUK -> 'Jatuh Cinta' Dengan Linux Kerana Terminal!

Cukuplah setakat ni.. Err.. Rasanya.. Sebab kalau nak diikutkan panjang lagi yang Mr.Hac nak tulis. Tapi takut anda muak dan tak terbaca, jadi sekian saja. Chow sin cii aaa!

LAMAN-LAMAN INSPIRASI:

1. whylinuxisbetter.net

2. jomlinux.com

3. fossmaniac.hubpages.com

4. deensokmo : Soal Jawab Ubuntu

5. deensokmo : Kenapa Saya Pasang Ubuntu
Powered by Blogger.