Mengatasi Masalah Butang Back/Forward/Bookmarks Toolbar Yang Hilang Pada Firefox

Tutorial ini ditujukan untuk para pengguna Ubuntu. Tapi rasanya pengguna Windows juga boleh gunakan cara ini sekiranya masalah ini timbul.

Pernahkah pelayar Firefox anda mengalami masalah di mana butang back/forward dan juga 'bookmark toolbar' tiba-tiba tidak berfungsi. Apabila ingin diklik, ia tidak 'timbul'. Jika jawapan anda 'ya', maka berkemungkinan fail 'places.sqlite' mengalami kerosakan (damaged). Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah berikut:


Mengatasi Masalah Butang Back/Forward/Bookmark Toolbar Yang Hilang Pada Firefox

1. Buka profil pelayar Firefox. Tapi sebelum itu pelayar Firefox harus ditutup terlebih dahulu.

Rujuk: Creating a new Firefox profile on Windows

Pengguna Ubuntu boleh lihat di sini: Profiles

2. Padamkan (delete) mana-mana fail yang mempunyai nama 'places.sqlite' termasuk 'places.sqlite-shm' dan 'places.sqlite-wal'.

3. Buka semula pelayar Firefox. 'places.sqlite' akan 'dibina semula'.

SUMBER: Locked or damaged places.sqlite
Powered by Blogger.