Your Free VPN : Satu Lagi Servis OpenVPN Percuma

Apa lagi yang boleh dikata. OpenVPN adalah servis VPN yang terbaik setakat ini. Ia menawarkan tahap sekuriti yang tinggi dan berbaloi untuk digunakan. Oleh itu pencarian Mr.Hac terhadap servis OpenVPN percuma masih belum berakhir. Lagipun, siapa yang tak sukakan freebies, kan?

Pendaftaran untuk servis percuma ini adalah sangat ringkas dan mudah. Anda hanya perlu memasukkan e-mel dan captcha, seterusnya maklumat akaun anda akan dihantarkan ke e-mel. Anda perlu log masuk pada laman webnya dan mengaktifkan akaun SETIAP KALI ingin digunakan. Ingat tu!


Apabila anda ingin membuat tetapan, anda perlu memuat turun terlebih dahulu fail konfigurasi OpenVPN setelah log masuk. Klik pada 'Download OpenVPN Config'.


Seterusnya bagi pengguna Windows, anda boleh mengikuti langkah-langkah membuat tetapan OpenVPN pada entri ini -> Hostizzle
Untuk pengguna Ubuntu, sabar ya. Tunggu entri yang bakal ditulis untuk anda!
Apa yang boleh Mr.Hac katakan, walaupun kadangkala leceh untuk mengaktifkan servis ini setiap kali ingin digunakan, namun ianya lebih laju dari beberapa servis OpenVPN yang pernah Mr.Hac gunakan sebelum ini. Kelajuan muat turun juga stabil serta IP yang digunakan adalah dari US. Jadi adakah anda teringin nak menonton di Hulu.com? Jangan ragu-ragu untuk gunakannya!

Klik -> Your Free VPN
Powered by Blogger.