13 Cara Melepasi Sekatan Internet Yang Ketinggalan Zaman

Berikut Mr.Hac senaraikan 13 cara untuk melepasi sekatan internet yang sudah ketinggalan zaman. Kenapa? Kerana kebanyakkan darinya tidak berkesan lagi untuk melepasi sekatan dari Corporate Firewall seperti Websense, FortiGuard, Sonic Wall, Barracuda dan sebagainya.

Mr.Hac tergerak hati untuk menulis entri ini kerana Mr.Hac lihat terlalu banyak laman web atau blog menulis entri yang sama, namun tak lebih hanya sekadar salin dan tampal sahaja! (Copy paste).


URL Filtering

Cara ini adalah dengan menukar (convert) alamat IP sesebuah laman web kepada nombor-nombor decimal. Kaedah yang sukar untuk dilakukan oleh para pemula, melainkan jika menggunakan servis penukar (converter) dalam talian seperti IP Address Converter

Laman Proksi (Proxy Website)

Proksi ialah alamat IP dari pelayan proksi yang diletakkan antara komputer anda dan internet. Cara ini akan menyembunyikan alamat IP asal anda.

Google Cache

Kebiasaannya laman Google akan menyimpan versi cache untuk sesebuah laman web/blog. Versi cache itu boleh diakses dengan pelbagai cara, antara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Gcache+ Add On atau mencarinya secara manual.

Menggunakan IP (Bukan URL)

Ni betul zaman tok kadok punya cara. Dulu-dulu, kalau tak boleh akses laman web akibat disekat, paling mudah untuk mendapatkan kembali akses adalah dengan menukarkan URL kepada alamat IP. Contohnya dengan membuka Command Prompt dan menaip ping (alamat URL).

Servis Penterjemah Dalam Talian (Online Translation Service)

Servis seperti Google Translate selalu digunakan dengan memasukkan URL laman web lalu menekan 'Translate'. Meskipun secara teorinya anda menggunakan proksi Google untuk menterjemahkan URL laman web itu, namun kaedah ini gagal melepasi sekatan Websense. Hastalavista bro!

Akses Laman Web Melalui E-mel

Servis Web2Mail ialah contoh servis percuma yang 'menghantar' laman web yang ingin anda 'baca' melalui e-mel. Sayangnya, ini juga dah ketinggalan zaman derrr.


Screen Resolution

Screen Resolution ialah servis yang membenarkan anda untuk melihat sesebuah laman web dalam resolusi berbeza. Jika dulu ia mampu melepasi sekatan-sekatan dari dinding api (Firewall), namun sekarang sekatan semakin canggih, apatah lagi dari THE GREAT FIREWALL OF CHINA. Say goodbye to internet freedom.

Menggunakan Proksi Ke Dalam Pelayar Internet

Meskipun cara ini berkesan pada sesetengah firewall, namun untuk versi korporat, ia tetap gagal melepasinya. Tambahan pula, proksi hanya melalui sesetengah port sahaja dan kelajuan pelayaran internet juga agak lambat, apatah lagi kelajuan muat turun.

DNS

Cara ini kalau anda disekat oleh firewall Streamix, memang berkesan. Tetapi seperti biasa, firewall forporat, anda boleh kirim salam dengan tok anjang ya!

Menggunakan https (Menambah 's' dibelakang http)

Cara mengaplikasikan Secure Socket Layer pada setiap URL adalah tidak relevan dan pendeknya tidak berkesan. Maaf, ini bukan permainan kanak-kanak. Setakat tambah 's' dibelakang http, lebih baik syarikat Barracuda ditutup dan buka pula syarikat jual nasi lemak! Ada juga faedahnya!

Google Mobile Search

Google Mobile Search adalah lebih kurang sama fungsinya seperti laman proksi. Paparan setiap laman web mungkin sangat optimal.

Servis Pemendek URL

Teorinya dahulu, tukarkan URL laman web yang disekat dan kemudiannya sudah boleh melayari seperti biasa. Itu dulu. Tapi sekarang, sekatan sudah semakin ekstrim dan anda hanya mampu menitiskan air mata jika mencuba cara ini.

Wayback Machine

Wayback Machine adalah lebih kurang sama dengan Google Cache iaitu servis ini biasanya akan menyimpan salinan setiap laman web yang ada dalam internet bermula dari tarikh ia dibuat. Seperti kesemua cara di atas, ia sememangnya tidak berkesan untuk firewall korporat.

Jadi Mr.Hac, cara bagaimana yang paling berkesan untuk melepasi laman web yang disekat?
Hmm..Jawapan Mr.Hac pendek sahaja, iaitu VPN. Dan sebaik-baik VPN adalah OpenVPN. Sila rujuk entri-entri bulan 6 2011 untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai VPN dan cara menggunakannya. Jumpa lagi!
Powered by Blogger.