Apa Itu VPN?

Sebelum ini, ketika menjelang bulan Jun 2011, SKMM meminta penyedia internet menghalang akses ke 10 laman perkongsian popular. Ketika itu barulah ramai yang tercari-cari bagaimana cara melayari laman web yang disekat. Pada masa itu, Mr.Hac telah mengeluarkan lebih dari 10 artikel mengenai cara-cara melepasi sekatan internet dengan menggunakan proksi (proxy), SSH Tunneling dan tak lupa juga VPN. Namun Mr.Hac belum lagi memberikan tafsiran dan penerangan yang lengkap mengenai VPN. Mari kita telusuri serba sedikit tentangnya dan memahami struktur VPN akan bagaimana cara ia bekerja.

Apa Itu VPN?

VPN ialah kata singkatan dari Virtual Private Network atau dalam bahasa Melayunya Rangkaian Peribadi Virtual/Maya.

Rangkaian: Beberapa jumlah peranti (device) yang boleh berkomunikasi melalui kaedah-kaedah tertentu. Peranti ini termasuklah kompoter, mesin pencetak, router, dan lain-lain.

Peribadi/Persendirian: Sesuai dengan namanya, peribadi ditafsirkan sebagai komunikasi di antara dua atau lebih peranti, dalam keadaan rahsia atau istilah internetnya encrypted.

Virtual/Maya: The New Hacker's Dictionary menafsirkan virtual sebagai;

virtual /adj./ [via the technical term “virtual memory”, prob. from the term “virtual image” in optics]
1. Common alternative to
{logical}; often used to refer to the artificial objects (like addressable virtual memory larger than physical memory) simulated by
a computer system as a convenient way to manage access to shared resources.
2. Simulated; performing the functions of
something that isn’t really there. An imaginative child’s doll may be a virtual playmate. Oppose {real}.


Merujuk kepada kertas kerja Paul Ferguson dan Geoff Huston, April 1998 bertajuk 'What is a VPN?',
VPN ditaksirkan sebagai:

A VPN is a communications environment in which access is controlled to permit peer connections
only within a defined community of interest, and is constructed though some form of partitioning of a
common underlying communications medium, where this underlying communications medium
provides services to the network on a non-exclusive basis.

Dan tafsirannya yang lebih pendek, tepat, serta mudah difahami ialah:

A VPN is private network constructed within a public network infrastructure, such as the global Internet.


Secara ringkas, VPN ialah adalah teknologi rangkaian yang mencipta/mewujudkan sambungan rangkaian yang selamat melalui rangkaian awam seperti INTERNET atau rangkaian persendirian yang dimiliki oleh pembekal perkhidmatan. Syarikat-syarikat besar, institusi pendidikan, dan agensi-agensi kerajaan menggunakan teknologi VPN bagi membolehkan pengguna yang jauh (remote users) untuk selamat menyambung kepada rangkaian peribadi/persendirian. Dalam usaha untuk mendapat akses kepada rangkaian peribadi itu, pengguna mestilah disahkan menggunakan pengenalan yang unik seperti e-mel dan kata laluan.

Menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Tunneling, VPN menggunakan infrastruktur perkakasan yang sama seperti internet dan intranet. Teknologi VPN merangkumi pelbagai mekanisma sekuriti untuk melindungi sambungan peribadi maya tersebut. VPN akan membolehkan perkongsian fail, persidangan video dan beberapa lagi servis rangkaian yang serupa dijalankan dengan selamat.

Mr.Hac akan menulis lagi mengenai jenis-jenis VPN pada entri akan datang.
Powered by Blogger.