Cara Melihat Kata Laluan Di Sebalik Asterisk

Adakah anda bosan melihat bahagian kekotak log masuk laman e-mel atau akaun-akaun lain ditutupi oleh asterisk (*****)? Jika tiada sesiapa di belakang anda yang boleh disyaki menggunakan kaedah Shoulder Surfing untuk melihat kata laluan anda, mengapa biarkan diri anda tertekan untuk menaip kata laluan di sebalik asterisk?

Untuk pelayar Firefox, anda boleh gunakan Add-on Show My Password 2.0, Show Password 1.6, atau RoboForm Lite Password Manager 2.1.0 untuk memudahkan pengurusan kata laluan bagi setiap akaun atau laman web yang dilawati.

Bagi pengguna Google Chrome, anda boleh pasang extension Show Password, Show Password On Focus, atau gunakan saja Javascript di bawah, salin dan tampal pada bar URL, lalu ia akan kelihatan seperti di paparan skrin bawah:


Javascript:
javascript: var p=r(); function r(){var g=0;var x=false;var x=z(document.forms);g=g+1;var w=window.frames;for(var k=0;k<w.length;k++) {var x = ((x) || (z(w[k].document.forms)));g=g+1;}if (!x) alert('Password not found in ' + g + ' forms');}function z(f){var b=false;for(var i=0;i<f.length;i++) {var e=f[i].elements;for(var j=0;j<e.length;j++) {if (h(e[j])) {b=true}}}return b;}function h(ej){var s='';if (ej.type=='password'){s=ej.value;if (s!=''){prompt('Password found ', s)}else{alert('Password is blank')}return true;}}
Powered by Blogger.