Cara Membuat RSS Feed Untuk Blog Dengan FeedBurner

FeedBurner merupakan salah satu daripada pengumpul suapan RSS (RSS Feed Aggregator) yang ada untuk para pengguna blog dan disediakan secara percuma. RSS (Asalnya ialah RDF Site Summary, dan sering digelar sebagai Really Simple Syndication) merupakan salah satu dari format suapan laman yang digunakan untuk menerbitkan sesuatu kemaskini dari hasil kerja, seperti pos pada laman web atau blog.

Untuk para penulis blog yang ingin membuat suapan RSS (RSS Feed) melalui akaun FeedBurner, anda boleh mengikuti tutorial ini.

1. Log masuk ke dalam FeedBurner menggunakan akaun Google (Gmail) di sini -> FeedBurner

2. Masukkan alamat URL blog di dalam kotak seperti contoh di bawah dan klik Next.


3. Tandakan pada pilihan pertama, klik Next.


4. Berikan nama kepada suapan RSS anda, dan pilih nama untuk URL.


5. Sekarang kerja anda hampir siap. Klik Next lagi.


6. Seterusnya tandakan semua pilihan untuk kemudahan anda di kemudian hari. Apa kegunaannya, silalah terokai dan pelajari sendiri ya.


7. Klik pada 'Edit Feed Details' dan periksa URL suapan RSS anda.


8. Masuk ke dalam blogger.com, pergi ke Settings -> Site Feed, lalu masukkan URL suapan RSS itu tadi ke dalam kotak 'Post Feed Redirect URL'.


9. Sekarang anda sudah boleh maklumkan kepada semua pembaca dan pengikut blog anda akan alamat URL suapan RSS tersebut untuk mereka langgan! Selesai!
Powered by Blogger.