Channel Youtube Microsoft Digodam

Channel Youtube Microsoft, syarikat gergasi yang mengeluarkan sistem operasi Windows telah digodam, dan channel yang mempunyai sebanyak 24 ribu pelanggan (subscribers) itu telah dibuang (remove) kesemua video-video rasmi yang berada di dalamnya. 'Channel Description' telah ditukar kepada
"I DID NOTHING WRONG I SIMPLY SIGNED INTO MY ACCOUNT THAT I MADE IN 2006 :/.".

Setakat ini masih tidak dapat diketahui method sebenar atau kaedah yang tepat, yang telah digunakan oleh penggodam untuk mendapatkan akses kepada channel video Microsoft. Harapnya anda semua pun patut lebih berhati-hati dalam mengendalikan komputer anda. Meskipun anda menggunakan sistem operasi Linux, ia masih tidak kebal dari penceroboh yang memasuki melalui teknik Phishing, Cookies Stealing, Session Hijacking, Zero Day Attack, Cookies Tracking, IP Tracking, Click Jacking dan lain-lain lagi!

Powered by Blogger.