DeskPins : Aplikasi Mesti Ada

Salam sekalian jelata…


Adakah anda seorang pekerja yang banyak menggunakan komputer? Jika ya… komputer anda sepatutnya sudah ada aplikasi yang bernama DeskPins. Siapa tegar IT yang tidak kenal dengan DeskPins. Perkakas yang telah digunapakai sedari zaman Windows XP lagi. Bayangkanlah ianya telah di keluarkan pada tahun 2004 tetapi masih lagi relevan penggunaannya sehingga ke hari ini. Agak pelik… walaupun tak pernah di kemaskini dari keluaran pertama sejak 2004 lagi tapi masih boleh di serasikan dengan jentera baru seperti Vista, Windows 7 dan Windows 8 (rasanya boleh kot..)

Hari ini kita tak payahlah hendak pergi melanun. DeskPins memang di datangkan khas secara percuma tanpa was-was untuk encik dan cik sekalian. Anda bayangkanlah DeskPins perisian berbayar? Pastinya sudah terlalu banyak kemaskini sana-sini atas alasan keserasian dan kestabilan. Puii..taktik orang berdagang..


Anda boleh gunakan aplikasi ini tanpa kerisauan yang tak masuk akal. DeskPins adalah sebuah aplikasi yang amat ringan dan santai. Kewujudannya dalam sistem komputer anda takkan menjejaskan aplikasi yang sedia ada. Dia ni memang bukan jenis kacau orang punya. Bahkan antivirus pun boleh berkawan baik dengannya. Tak percaya…?

Oh ya...hampir terlupa hendak bagi tahu tentang fungsi benda ni. Namapun DeskPins.. agak-agaklah anda sudah faham maksud merangkap penggunaannya. Dalam bahasa mudah aplikasi ini adalah untuk melekat atau menampal. Sebagai contoh..anda sedang gunakan Notepad tapi pada masa yang sama anda juga perlu membuka aplikasi lain. Dengan DiskPins anda boleh melekat Notepad tersebut TANPA DI TINDIH (always on top) oleh aplikasi yang bakal anda lancarkan.


Untuk lebih memudahkan lagi penggunaanya anda boleh mengubah Hotkeys mengikut keselesaan anda. Walaupun fungsi start up di sediakan rasanya tak payahlah gunakan fungsi tersebut. Lancarkan saja dari start menu bila di perlukan dan secara automatik ia akan berada di dalam bar tugas anda.

Selamat mencuba dan selamat maju jayalah anak cucu cicit bangsaku.
Sekian..

Klik -> DeskPins ©pr67am™ 201110

Kata Laluan Zip: pr67am
Powered by Blogger.