Formula Evolusi Algoritma (FEVAL)

Ya..Sepertimana yang anda baca, seperti itulah namanya. Formula yang Mr.Hac mahu anda namakan ia, kini sudahpun mempunyai nama, iaitu Formula Evolusi Algoritma (FEVAL). Sesuai dengan namanya, evolusi bermaksud perubahan. Perubahan itu merangkumi dari pelbagai segi, dari ciri-ciri yang dikehendaki oleh enjin carian untuk memberi hasil yang diusahakan, dan juga perubahan versi enjin carian itu sendiri dalam setiap tahun mendatang. Algoritma pula jika merujuk kepada Wikipedia bermaksud kaedah pengiraan. Kiraan itu juga merangkumi pelbagai aspek, antaranya kiraan yang bagaimanakah bakal menentukan kedudukan sesebuah laman web atau blog pada muka depan Google. Itu yang anda mahu, sebaik-baiknya di kedudukan nombor 1, betul kan?

Baiklah. Kita teruskan pembelajaran pada hari ini dengan melihat semula kepada Carta Alir Formula FEVAL iaitu:

Aktiviti -> Entri Baru -> Pautan Kembali Kepada Entri Baru Tersebut -> Aktiviti -> Tersenarai Di Muka Depan Google -> Trafik Organik

Kita perhatikan kepada rentak atau rangka kerja yang pertama iaitu mencari sebanyak mungkin, sehebat mungkin, sedahsyat mungkin aktiviti manusia yang bakal melakukan 'kerja' dan peranan besarnya dalam formula ini. Rangka kerja itu meliputi dari segi mendapatkan pembaca tetap, yang akan menyumbangkan kepada jumlah pelawat unik (UV) tidak kira siang mahupun malam, 24/7.

Rujuk entri Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 3 untuk membaca tips mendapatkan pembaca tetap bagi blog anda.

Kemudian katakanlah usaha anda akhirnya BERJAYA, iaitu blog anda kini mendapat purata pembaca tetap sebanyak 1000 orang, yang membawa kepada 1000 pelawat unik setiap hari. Setelah itu, barulah anda boleh teruskan kepada langkah kedua, dengan menulis sebaik mungkin setiap entri, agar ia menjadi sesuatu yang berguna kepada pembaca, dan pelawat 'secara tidak sengaja' khususnya, yang datang melalui Google!

Sehabis menulis, anda bergegaslah 'keluar' dari blog sendiri dan kemudiannya membuat pautan-pautan berkualiti dengan cara memberikan komen pada blog-blog/laman-laman web dofollow. Dalam pada masa yang sama, gerombolan pembaca tetap sudahpun menyumbangkan sejumlah besar aktiviti mereka di entri tersebut iaitu membacanya (dihitung melalui Page Views, tidak kiralah berapa kali mereka 'Refresh' pelayar web), memberikan komen dan setelah itu berbalas komen pula!

Tetapi itu belum cukup lagi. Anda sendiri perlu meneruskan setiap aktiviti yang berjalan dalam blog seperti membalas komen, memantau jumlah Page Views, jumlah pelawat unik dan sebagainya. Setelah itu sila perhatikan kepada Referral Links/URL. Jika terdapat pelawat datang dari blog-blog yang pernah anda lontarkan komen, bermakna anda sudah selangkah lagi untuk berjaya.

Setiap pelawat unik bererti TRAFIK. Dan setiap trafik bermaksud terdapatnya kehadiran AKTIVITI MANUSIA pada blog anda! Inilah yang paling dititikberatkan oleh Google! Tak guna ada blog dengan templat 'MESRA' enjin carian, diaplikasikan pula beberapa teknik SEO dalam entri-entri yang ditaip, tetapi tiada sebarang aktiviti manusia yang berjalan, maka hasilnya kosong. Oleh itu jangan hampa jika orang lain berjaya, anda tidak!

Apa yang penting, tolonglah...BIJAK memilih tajuk entri. Cubalah letakkan tajuk seperti ini:
'Linux Command Line For Hacking Purposes'. Wah..Memang nampak gah di mata mereka yang pakar seperti anda, tetapi tidak kepada mereka yang baru hendak memulakan langkah dalam dunia IT! Jangan hanya mencipta tajuk yang mesra enjin carian sahaja, tetapi juga mesra kepada para PEMBACA terutamanya yang baru! Ini dalam konteks blog yang sama niche dengan Mr.Hac atau lebih kurang sama. Blog dengan niche selain dari tutorial komputer seperti kesihatan, isu-isu semasa, sukan, automotif dan sebagainya, juga perlu kepada tajuk untuk setiap entri bukan?
Jadi, silalah pastikan tajuk anda itu menarik dan bukan 'menakutkan'.

Ok. Perhatikan kembali gerak kerja kita dari mula. Dari pencarian untuk memperbanyakkan aktiviti manusia pada blog anda, sehinggalah kepada membuat pautan-pautan berkualiti untuk 'dihantar' semula kepada entri. Mungkin akan ada yang berkata, "Hei Mr.Hac. This is so simple. I can't believe your so called formula until you prove it to us. Can you?"

Sebenarnya, formula ini lebih RUMIT dari carta alir di atas. Namun untuk memudahkan para pemula blog memahaminya, jadi Mr.Hac permudahkan sebegitu rupa. Salahkah usaha Mr.Hac untuk membantu anda memahami sesuatu yang rumit? Harapnya tidak. Namun untuk membuktikan kejayaan kaedah-kaedah di atas, berdasarkan kepada 'seeing is believing', Mr.Hac buat beberapa paparan skrin (screenshot) untuk tatapan anda:






Sila teliti perkara berikut:

1. Trafik yang dicari melalui usaha anda sendiri dan BUKAN datang dari Google (dalam usaha plan strategi pertama). Maka ia belum lagi menjadi trafik organik. Ketika ini anda dalam fasa memperkenalkan blog anda kepada semua orang. Ketika ini algoritma AKTIVITI sudah pun dimulakan.

2. Setelah itu anda menulis entri di blog. Aplikasikan pula teknik-teknik SEO (Sila jangan sebut formula FEVAL ini sebagai formula SEO. Mr.Hac sudah mual apabila terlalu banyak blog membicarakannya meskipun ilmu didada belum 'khatam')

3. Kemudian anda membuat pautan untuk mendapatkan backlink berkualiti dengan memberikan komen di blog-blog yang lain. Sebaik-baiknya blog yang mempunyai ramai pengunjung, dan dalam niche yang sama atau lebih kurang sama dengan blog anda. Ini bertujuan untuk menarik minat pembaca tetap blog-blog yang anda berikan komen itu, dengan harapan mereka menjadi pembaca tetap blog anda pula! Serampang dua mata di situ..

4. Di sini dua ramuan algoritma sudah disedia dan dilengkapkan iaitu ISI KANDUNGAN dan PAUTAN.

5. Blog anda kemudiannya mendapat banyak trafik dari pembaca tetap yang mahu membaca entri terbaru, dan juga trafik dari pautan-pautan pada blog-blog lain. Komen-komen mula dibuat oleh para pembaca tetap. Mereka jugalah golongan pertama yang menaikkan jumlah Page Views pada entri anda itu tadi. Setelah itu kedudukan entri anda mula naik sedikit demi sedikit hingga akhirnya membawa kepada muka depan Google (Jangan lupa dan jangan abaikan kepadatan kata kunci yang betul dalam blog, dan jangan abaikan tips-tips SEO dari blog yang lain ok!).

6. Pada ketika ini, anda mula menjana TRAFIK ORGANIK yang diusahakan apabila para pengunjung yang membuat carian melalui laman Google klik masuk ke entri anda. Perhatikan juga di sini apabila trafik organik itu juga menyumbang kepada AKTIVITI (Lihat Carta Alir Formula FEVAL untuk memahami proses ini).

7. Kedudukan anda di muka depan Google akan KEKAL selagi aktiviti manusia berjalan dengan AKTIF pada entri yang tersebut. Sekiranya sudah tiada lagi aktiviti, maka tidak kiralah sehebat mana teknik SEO anda, entri itu akan jatuh kedudukannya.


Sebelum anda menuduh yang bukan-bukan, akan ringkasnya formula FEVAL ini, cubalah cipta sebuah blog dan biarkan ia dengan trafik yang kosong. Tanpa sebarang aktiviti, tanpa sebarang perubahan, anda buatlah entri yang hebat dari segi teknik SEO-nya, isi kandungannya, namun jika tiada aktiviti MANUSIA (semestinya bukan ROBOT!), jangan harap entri anda itu akan tersenarai pada muka depan Google sebaliknya dilontarkan secara mandatori ke dalam Google's Sandbox!

Tak percaya? Silakan mencuba. Formula FEVAL untuk semua!

Mr.Hac: Cuba aplikasikan ia sebelum Algoritma Google BERUBAH lagi untuk tahun-tahun yang akan datang!
Powered by Blogger.