Glosari Istilah IT Dalam Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan rakyat Malaysia. Kita wajib berbangga dengan bahasa ibunda yang menjadi nadi kepada percakapan kita seharian. Mr.Hac ingin menyenaraikan BEBERAPA istilah dalam dunia IT yang SELALU digunakan dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu, supaya ia dapat menjadi rujukan kepada semua. Jika anda ingin menambah atau memberi cadangan kepada istilah yang sepatutnya, dipersilakan melakukannya pada ruangan komen, dan Mr.Hac akan menambah atau ubah dari semasa ke semasa.

Ada beberapa istilah yang Mr.Hac terjemahkan sendiri, ada yang dirujuk pada Majalah PC, dan ada yang dirujuk melalui Google Translate. Silakan menelaahnya bersama.


Daftar Istilah IT Dalam Bahasa Melayu:

1. Shutdown: Tutup, Matikan (Sesi komputer yang sedang aktif)

2. Default: Lalai (Tetapan utama)

3. Setting: Tetapan

4. Install: Pasang

5. Uninstall: Nyahpasang

6. Software: Perisian

7. Hardware: Perkakas, Perkakasan

8. Execute: Menjalankan, Jalankan

9. Run: Jalankan (Program, Perisian)

10. Tool: Alat

11. Hack: Godam

12. Design: Reka, Mereka

13. Download: Muat turun

14. Upload: Muat Naik

15. Batch: Kelompok, Kumpulan

16. Access: Akses

17. Copy: Salin

18: Paste: Tampal

19. Link: Pautan

20. Leakage: Kebocoran

21. Programming: Pengaturcaraan

22. Configuration: Konfigurasi

23. Connection: Sambungan

24. Network: Rangkaian

25. Database: Pengkalan Data

26. Delete: Padam

27. Disable: Nyahdaya (Sila beri cadangan untuk perkataan ini)

28. Error: Ralat

29. Bug: Pepijat

30. Graphical User Interface: Paparan Antaramuka Pengguna

31. Cloud Computing: Pengkomputeran Awan

32. Storage: Storan (Penyimpanan Data, Fail)

33. Screenshot: Paparan Skrin (Ada yang mengusulkan Tembakan Skrin, tapi bagi Mr.Hac 'tembakan' tu macam kurang sesuai)

34. Cut: Potong (Bukan bersifat memotong, tetapi ia merujuk kepada perbuatan kita yang bersifat 'mengambil secara terus' sesuatu fail)

35. Redo: Kedepan, Buat semula

36. Undo: Kebelakang, Membatalkan (Sesuatu perbuatan kita pada perisian atau komputer)

37. Built-in: Terbina Dalam

38. Restart = Mulai Semula (Kalau bro pr67am cakap matihidup. Anda pula?)

39. Manual = Kerjatangan, Panduan

40. Log Off = Log Keluar (Sama dengan Log Out)

41. Program = Aplikasi, Atur Cara

42. Desktop = Meja? Haha. Bro pr67am mencadangkan 'Paparan Muka'. Anda pula nak cadangkan apa?

43. Keygen = Keygen (Singkatan dari Key Generator, jadi dalam bahasa Melayunya ialah Penjana Kekunci)

44. Patch = Penampal

45. Taskbar = Bar Tugas

46. Cookies = Cookies (Tiada istilah cookies dalam bahasa Melayu)

47. Crack/Cracked = Telah 'Pecah' (Merujuk kepada perisian yang telah diubahsuai supaya fungsi asalnya hilang atau bertambah)

Ok. Cukup setakat ini dahulu. Jika anda ada cadangan, silalah berikan komen!
InsyaAllah Mr.Hac akan tambah lagi. Mari kita jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggaan kita, bangsa Melayu.
Powered by Blogger.