Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 1

Sila perhatikan beberapa senario di bawah:

1. Pada tahun 2007, Google membeli FeedBurner dengan harga 100 juta USD. Mengapa perlunya Google untuk membeli pengumpul RSS yang tidak memberi sebarang keuntungan (dari segi kewangan)?

Nota: RSS (Really Simple Syndication) Feed, ialah format data yang diguna untuk menyediakan kepada para penggunanya kemaskini dari kandungan (laman web, blog). Penerbit kandungan tersebut biasanya akan menyediakannya melalui pengumpul (aggregator) RSS dan contoh pengumpul terdekat ialah FeedBurner.

2. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Google MEMBELI data-data dari laman web Alexa. Sepertimana yang diketahui, Alexa ialah laman yang memantau trafik web.

3. Kos mencipta dan membangunkan pelayar web Google Chrome serta membeli teknologi Google Analytics adalah sebanyak ratusan juta USD tetapi diberi secara percuma sahaja kepada pengguna.

4. Terdapat aplikasi percuma yang dinamakan sebagai 'Google Toolbar'. Ia akan memberikan 'statistik penggunaan' kepada Google.


Apakah yang anda fikir? Begini penjelasannya:

1. FeedBurner menentukan berapa banyak PELANGGAN kepada kandungan sesebuah blog, cara yang paling tepat menentukan AKTIVITI MANUSIA.

2. Alexa ialah laman web yang memantau trafik ke web-web atau blog. TRAFIK ialah penunjuk kepada AKTIVITI MANUSIA.

3. Pelayar Google Chrome terkenal sebagai 'LEGAL' SPYWARE, kerana ia dikatakan akan memberi data-data mengenai penggunanya kepada Google. Sama juga halnya dengan Google Analytics. Ia memberikan data pengguna (pemilik laman web atau blog) dan ini menunjukkan kepada : AKTIVITI MANUSIA

4. Google Toolbar. Perlukah kepada penjelasan lagi? Jika anda tidak mematikan fungsi 'Send usage statistics to Google', ia akan menghantar data kepenggunaan kepada Google secara SAH dengan keizinan dari anda. Data itu lambang kepada, AKTIVITI MANUSIA.

Dengan kata lain, Google menggunakan kesemua cara di atas untuk MENGKAJI, MENENTUKAN DAN MENGETAHUI laman apakah yang sering dilawati oleh pengguna, BERAPA LAMA mereka kekal di situ dan apa yang mereka SUKA apabila melawat ke laman berkenaan.

Jika anda melihat secara teliti kepada perkara ini, Google perlu menambah AKTIVITI MANUSIA ke dalam algoritmanya. Kerana hanya dengan ISI KANDUNGAN serta PAUTAN, adalah mudah untuk dikuasai oleh para 'Black Hat SEO Marketers/Practitioners'. Kerana itulah Google tidak akan memberikan hasil carian atau ranking yang diingini oleh para pemilik laman web mahupun bloggers sehinggalah laman/entri tersebut menerima TRAFIK meskipun kandungan BERKUALITI dan menerima Inbound Links yang memuaskan/baik/berkualiti.

Adakah anda tertinggal entri sebelumnya iaitu 'Apa Itu Trafik Organik'?
Jika anda belum membacanya, perlu diketahui terdapat 3 algoritma Google iaitu ISI KANDUNGAN, PAUTAN, DAN AKTIVITI MANUSIA.

Andaikan isi kandungan dan pautan sebagai bahan-bahan masakan, maka anggaplah aktiviti manusia sebagai haba pemanasnya! Tanpa haba, anda hanya akan dapat memakan makanan mentah!


Sekarang bagaimana? Adakah anda masih merasakan algoritma Google amat sukar difahami dan hanya pakar SEO sahaja yang mampu menguraikannya? Fikir sekali lagi!

Mr.Hac: Petua Mr.Hac senang. Anggap setiap post di blog (entry) adalah sebuah post pada laman web. Oleh itu setiap kata kunci dan setiap apa yang kita taip hendaklah dijaga dan diperhatikan. Jumpa lagi!

Err.. Pernahkah anda membaca tips/huraian berkenaan SEO seperti ini di mana-mana blog berbahasa melayu? Tak pernah? Kalau rasa apa yang Mr.Hac ajarkan atau beritahu ini BERGUNA dan ilmiah, sila klik like pada page FB MHAH dan kliklah pada button Google Plus di atas. Terima kaseeeyyy!
Powered by Blogger.